Wednesday, June 23, 2010

match 4

4th match: fc pop soda melangkah ke pusingan suku akhir setelah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 2-1. tahniah buat para pemain fc pop soda kerana bermain dengan begitu semangat dan tidak hilang fokus walaupun pasukan lawan menggunakan taktik mengutuk dan mengejek pasukan fc pop soda. akhirnya, fc pop soda berjaya juga memperolehi kemenangan yang berharga. terima kasih sekali lagi.

fokus para pemain sekarang untuk melepasi halangan suku akhir. kami bakal bertemu pasukan fc kucar-kacir yang dikenali juga dengan pasukan yang suka menggunakan taktik mengejek juga. para pemain fc pop soda diminta mengawal emosi dan mental supaya dapat fokus dengan lebih baik untuk perlawanan nanti.

go go fc pop soda!!!

senarai penjaring perlawanan tadi:

1. taqi - 1 gol.
2 waksam - 1 gol.

Monday, June 21, 2010

match 3

3rd match: fc pop soda menang keatas psukan lawan dengan jaringan 5-0. tahniah pasukan fc pop soda. teruskan lagi usaha dan tenaga dalam memburu kejuaraan sulung pasukan.

go go fc pop soda!!!!

senarai nama penjaring malam tadi:

1. kamal - 1 gol
2. pomo - 1 gol
3. taqi - 1 gol
4. waksam - 1 gol
5. jali - 1 gol

Wednesday, June 16, 2010

kalian.

If I die tonight
You know it'll be alright
Just smile for me
Reminisce the fond memories

Well if I die tonight
I wonder
Where I'll be tomorrow
Nobody cry please
Push away the sorrow
'Cause I ain't been
The best of men
The best of friends
The best of mom
And daddy's last son
The best of anything

If I die tonight
Would I be forgiven
By all the people I been slackin' with
When I was livin'?
Those who I hurt their hearts
Took advantage of
And even lied to
Hug you one last time
For forgiveness
Yeah I would like to

If I die tonight
Would you feel the loss?
Tomorrow would you dial
My number by accident
Then suddenly... pause?

If I die tonight
I wonder who would get
To keep my caps and shoes Jerseys,
even my little Stuffed crocodile Coco too
Get my cell phone
Message everyone from A to Z
Tell 'em this ain't Mohammad Hannis
He passed away last night
And pray he rest in peace

If I die tonight
Would you think of my room
When you see blue
Wanted to clean it up this morning
But then I never knew

If I die tonight What would happen to my sayang?
How long would it take
Before she kissed another man?
... God damn...
At fast food joints
Would she still order
The same combo meal for two?
Things I wish I knew...

By: Mohammad Hannis Samsuri.

match 2

2nd match: fc pop soda tewas dengan jaringan 3-1 malam tadi. diharap para pemain fc pop soda tidak lemah semangat. teruskan perjuangan kita bersama. masih ada lagi 2 game untuk kita beraksi. teruskan rentak cemerlang kita. jangan rasa diri kita lemah. kita mesti menang lepas nie.

berjuang dan terus berjuang dengan penuh semangat!!
go go fc pop soda!!!

disini gua lampirkan sekali nama-nama pemain fc pop soda yang telah berjaya menjaringkan gol setakat ini:

1. taqi - 2 gol
2. azad - 2 gol
3. pomo - 1 gol
4. waksam - 1 gol

Tuesday, June 15, 2010

isteriku

jika gua ditakdirkan oleh Allah SWT mendapat seorang isteri, gua ada lagu untuk isteri gua nanti. gua takda calon lagi dan rasa-rasanya memang takda sampai gua tua. tapi Allah SWT maha mengetahui, semua DIA yang beri maka kita sebagai hambanya bersiap-sedia la.

so, gua akan beri lirik lagu tersebut untuk bakal isteri gua. bila gua dah tau siapa isteri gua, baru gua beri lagunya pula. hayatilah liriknya ya!

Telah lama ku nantikan
Saat semua ku impikan
Kau jadi ratuku
Wahai bidadari ku
Langkah lah duniaku..

Bawalah aku ke alam mimpimu
Mencintai mu takkan pernah menjenuh akan ku
Tulusnya hatiku dalam mencintai mu
Semuanya untukmu...

Peluklah aku jika terkenang
Semua kau idamkan
Semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksudku untuk melukaimu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang padamu
Kau tercipta untuk temani diriku...

Bersyukur kita pada Yang Esa (terciptanya cinta)
Ku mendoakan kebahgiaan selalu

Peluk lah aku jika terkenang
Semua kau idamkan semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksud ku untuk melukai mu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang pada mu

Kau tercipta untuk diriku

p/s: istimewa untuk isteri gua nanti.

Monday, June 14, 2010

match 1

1st match: fc pop soda menang dengan jaringan 5-0. tahniah! teruskan memburu gelaran juara street soccer world cup challenge. bersiap sedia untuk perlawanan kedua rabu ini ya!

utk sesiapa yang ingin menyokong pasukan gua, sila datang beramai-ramai ke setia alam avenue pada rabu ini jam 7.30 malam. sokonglah para pemain fc pop soda yang terdiri dari:

1. kamal
2. taqi
3. azad
4. pomo
5. eral
6. waksam (gua la!!)
7. ejol

marilah!!! kami akan berjuang habis-habisan untuk merebut piala dunia 2010!!

Friday, June 11, 2010

4 tahun menunggu, akhirnya!

utk world cup 2010. gua masih lagi pilih brazil sebagai pasukan pilihan. brazil pasti juara!
go go brazil! masa untuk bersamba!

maaflah kalau dalam tempoh world cup nie gua tak layan mesej-mesej yang lalu lalang atau singgah kat handphone gua. paham-pahamlah, semangat world cup kan!

p/s: jangan berjudi walaupun kerajaan dah beri lesen untuk berjudi. bodoh betul. tak takut hukum Allah ke?

gua chow!

Monday, June 7, 2010

santa claus bulan jun.

1. telefon bimbit. (rm 500)
2. kasut onizuka tiger. (rm 220)
3. kasut futsal adidas sala. (rm 2++)
4. jersey world cup brazil. (rm 45)

okay, lagi sikit nak cukup duit. boleh tolong tambahkan duit gua?

Tuesday, June 1, 2010

gua di masa depan nanti.

"nak pegi mana pagi-pagi nie? tak keje arini?", tanya pakcik yang jual surat khabar depan masjid lama meru.
"gua nak pegi bank. tanya pasal ASB. lu tau ke pakcik pasal ASB nie?", jawab gua selambe.
"lu dah tua baru nak bukak ASB ke de? slow la lu nie!", perli pakcik tue.
"diamlah!", jawab gua.

berbekalkan superbike yang gua pinjam dari rossi, gua gerak pegi ASB. tengok dari luar macam takda orang je. buka je pintu kaca, astaga! memang tak ramai pun. tanpa segan silu gua tanya awek yang duduk kat kaunter pertanyaan tue.

"gua nak buka ASB, macamane nak buka ha?", tanya gua.
"lu jumpa itu bro. dia handle pasal new akaun.", jawab awek tue.

so gua pun pegi la jumpa mamat seorang nie. hebat orangnya. gua tanya pasal ASB semua dia tau. memanglah, dah keje dia camtue plak. lain la kalau gua tanya saiz kaki ramlah ram. confirm dia tak tau. settle je semua hal yang nak gua tau, gua pon chow. gua dapat merumuskan yang ASB itu bagus. patutlah asal gua cerita nak bukak ASB, ade je yang kata gua nak kahwin. TAHI LAH KAHWIN!

ASB sebenarnya salah 1 cara cemane orang nk simpan duit buat kahwin, bayar deposit kete, duit simpan hari tua dan lain-lain. memanglah berbaloi kalau bukak ASB nie. bila orang tanya pasal duit, senyum je la. senang, duit kat dalam akaun berkepul-kepul tunggu masa nak kena cucuk je.

gua teringat la 1 cerita kat Wanita Hari Ini. pasal kubu kewangan. bermula dari gaji kita sendiri terus ke ASB. mari gua story sikit YE! kubu kewangan bermula dari gaji kita dipecahkan menjadi dua. kertas dan hartanah.

kertas? hartanah?

kertas bermaksud benda yang kita tak nampak. contohnya, ASB lah! kita laburkan sedikit gaji kita untuk ASB. untuk kegunaan bila terdesak ataupun untuk jangka masa panjang. makin lama, pelaburan kita kat ASB makin banyak. sememangnya memang menguntungkan. tapi, kena fahamlah sedtiap pelaburan ada risiko tersendiri. ada turun naiknya. tapi buat masa sekarang, ASB still maintain okay dengan sistem pelaburannya. tak percaya? cuba try tanya sape2 yang dah ada ASB. gua belum lagi. hahaha!!

hartanah bermaksud benda yang kita nampak. contohnya, beli kedai untuk disewakan. paham? macamnie, kita beli sebuah kedai dan kita sewakan kat orang. so, setiap bulan kita akan dapat income dari sewa kedai tersebut. ataupun, kita beli rumah dan kita sewakan kat orang. sama juga, dapat income tiap2 bulan. mane nak dapat duit untuk beli semua nie? well, itu gunanya kita menyimpan kat ASB or yang sewaktu dengannya. kita ambil sedikit dari pelaburan ASB tue, then kita guna duit tue untuk beli kedai or rumah untuk disewakan. duit tue akan di'rolling'kan sampailah berganda-ganda. tak percaya? ada yang dah buat dan mereka hebat! risiko? mesti ada. contohnya, para penyewa lambat bayar sewa dan lain-lain. tapi tetap akan bayar kan? sabar.

so apa tunggu lagi? rancanglah kubu kewangan lu orang semua. jangan lewat2 sangat. kang dah susah baru nak buat. lambat bhai! gua? gua still lagi belum buat. insya'allah, minggu depan gua start buka ASB sebab gua ada rancangan untuk masa depan gua. hidup kena ada wawasan beb. lu nak awek? takkan lu nak bawak awek keluar pakai kete ayah lu. confirm awek tue lari punye. tak percaya? try la buat. kalau salah cakap gua, bermakna awek lu orang betul la sayang lu. susah sama-sama, senang sama-sama. betulkan?

okaylah, gua dah panjang membebel. gua nak tedo. esok keje dan keje. cari duit untuk masa depan. yeah!

chow!

penunjuk:
ASB bermaksud Amanah Saham Bumiputra.

*ingat ASB ingat dia. aiyak!