Friday, November 12, 2010

ubah

mana hilang kepercayaan bila gagalnya satu perbuatan?
mana hilang bantuan bila zaman silamnya kurang menyenangkan?
mana hilang tutur kata sopan bila wujud cacat celanya?

pening. sesetengah tidak akan setuju bila mana perubahan datang terselit di hati mereka. jika untuk keburukan tidak mengapa tapi ini untuk kebaikan. apa yang mereka fikirkan? pemikiran jahil! setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. ungkapan yang popular bukan? cuba sedar, ungkapan itu benar. jangan pertikaikannya sebab apa yang terjadi bukan tidak boleh diubati.

ceritanya, seorang insan ingin berubah menjadi lebih baik. mahukan bimbingan, mahukan perhatian, mahukan ilmu yang berguna. itu luahan dia. seorang manusia biasa yang dahulunya tersepit di dunia gelap. diselak-selak masih gelap gelita. cuma, satu hari yang penuh bermakna. di datangkan kepadanya satu cahaya yang pada mulanya hanya sedikit. hari ke hari, cahaya itu makin terang. cahaya yang dipanggil hidayah.

namun, segelintir tidak mengerti. terus mencaci, memaki, mengutuk malah ada yang mendakwa dengan pelbagai cerita busuk dan menjijikkan. siapa mereka? suka hati menjatuhkan dakwaan palsu. menjatuhkan hukum sendiri. jangan menganggap diri itu suci. lihat dulu diri sendiri sebelum melabelkan orang lain.

kan bagus kalau orang ingin berubah. free hair ke tudung. skirt ke kain labuh. baju ketat ke jubah. seluar pendek ke seluar panjang. rambut pelangi ke warna asal. tidak solat ke solat. menipu ke amanah. mengumpat ke pemalu. bagus bukan?

tapi, jangan luaran sahaja. dalaman mesti berubah. sebab, itu bakal perisai diri sendiri. kalau datang setan suruh buat benda jahat, mudah saja nak sepak setan jauh-jauh.

manusia biasa. memang tak lari dari melakukan kesilapan. itu benda benar.

salam.