Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya lepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mere ka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you..saling berpesan2lah sesama kita
" I'm asking you 1 question but you dont know how to answer it! "
soalan yang ditanya:
" what semester? "
aku jawab:
" errr..aah..okay "
ulasan:
aku boleh jawab soalan tue ngn senang. tapi 1st time dia soal aku, mulut dia penuh dengan air liur kowt. so sebutan dia aku tak paham. lagi 1, dia soal aku tanpa lihat muka aku. so aku ingat dia cakap dengan orang lain.
maaflah puan, saya setiap hari korek telinga. sebelum cakap telan air liur dulu ya puan.
oh ye, nak belajar sesuatu kena pandai dulu ke? bukan belajar untuk jadi pandai ke? or belajar untuk jadi bodoh?
Terpaksa drop paper english 5 semester nie. Terpaksa ambil paper tue next semester. Aku sabar.
Terpaksa drop paper komunikasi data semester nie. Terpaksa ambil paper tue next semester. Aku sabar.
Call megan berkali-kali tapi tak dapat sebab telefon dia problem. Aku sabar.
Tengok housemate aku makan tengahari buta. Aku sabar.
Dapat surat amaran kedatangan walaupun aku ada alasan kukuh sebab jadual kelas aku bercanggah. Aku sabar.
Terpaksa naik turun pejabat untuk urusan dengan PA. Aku sabar.
Aku rindukan ramai orang. Aku sabar.
Lalu, setiap kali aku bentangkan sejadah dan menunaikan tanggungjawab 5 waktu. Aku selangkan doa mohon pada-Mu. Moga-moga kesabaran aku betahan selamanya.
Aku tak mengeluh. Tetapi, aku percaya atas jalan-Mu. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Semua benda memerlukan KESABARAN.
1. Nur Ain Atikah bte Ahmad Yani 2. Nur Ain Atillia bte Ahmad Yani 3. Nur Ain Khalisyah bte Ahmad Yani 4. Mohd Fauzan Ariff bin Fuzeey 5. Mohd Faidh Asyraff bin Fuzeey 6. Mohd Farid Amar bin Fuzeey 7. Nur Nilam Kirana bte Harlis 8. Mohd Aimi Aiman bin Harlis 9. Marissa Amani bte Mohd Azwar 10. Mohd Karliff Hakimi bin Yasmen 11. Nur Qairah bte Yasmen 12. Masih Dalam Perut Ibunya
list nama-nama anak buah aku. setiap seorang akan mendapat rm10. boleh yeeee..
maaflah, ucu belum kerja lagi laaaa.. nanti dah keje ucu tambah lagi ye duit raya tue ek!!
ucu sayang korang semua wahai ultraman dan sailormoon!!!
DELILAH - sebuah gitar jenis cort yang sangat2 aku sayang dah dipikat oleh orang lain selepas aku menceraikan delilah dengan mas kahwin RM300.
NATALIE - sebuah amplifier jenis marshall yang mempunyai tenaga batin sekuat 40 watt pun sudah dipikat oleh orang lain. Natalie taknak ikut aku, tp mengikut delilah meniggalkan aku keseorangan.
moga-moga kamu berdua baik-baik selalu ya! papa selalu syg kamu berdua! menyanyi dengan baik ya kalian berdua! papa tetap ingat kalian sampai bila-bila.
aku rindu sangat sama kalian berdua. DELILAH & NATALIE ( 2005 - 2009 )
"I am afraid, every man that recollects his hopes must confess his disappointment; and own that day has glided unprofitably after day, and that he is still at the distance from the point of happiness."