Friday, July 24, 2009

apa pilihan kau?

jika diberikan pilihan,
mana yang kau pilih?
rumah, kereta atau kahwin?

jika aku,
kahwin pilihan aku.

rumah dan kereta?
itu cerita selepas kahwin.

mana kau pilih,
rumah atau kereta?

jika aku,
rumah pilihan aku.
sebab,
kau boleh masukkan peti ais, mesin basuh, sofa, almari atau katil dalam kereta?
keselesaan selepas kahwin adalah diutamakan.


mana kau pilih.
anak atau kereta?

jika aku,
anak pilihan aku.
sebab,
anak anugerah tuhan pada kita.
kau mahu tolak anugerah tuhan?
anak lagi berharga daripada kereta.
kereta kau boleh beli lain masa.
anak?
boleh beli anak di kedai basikal ke?

bermula dari kahwin, rumah dan kereta.
semuanya perlukan sumber kewangan kan?

kau mahu beri anak isteri kau makan pasir?
pasir pun ada harganya!

belajar hidup susah kau akan mengerti apa erti kehidupan.

jika ditanya,
adakah aku merasa hidup dalam keadaan susah?

pernah!
tapi tak sesusah mak.
tak sesusah abah.
tak sesusah abang-abang.
tak sesusah kakak-kakak.

kau tahu bagaimana orang dulu mencari sesuap nasi untuk keluarganya?
kau tahu perasaan peritnya?

aku?
jujur aku tabik pada orang yang bersusah-payah untuk hidup.
mereka lebih mengerti apa erti kehidupan.

kau pernah jumpa manusia yang tak pernah merasa cukup dengan harta bendanya?
jika kau bermula hidup susah,
kau akan membenci manusia sebegitu.
percayalah.

mereka sudah mempunyai sebuah kereta sport,
tetapi tetap mahukan lebih dari itu.
mereka sudah berpakaian berjenama,
tetapi tetap mahukan lebih dari itu.

kau tak pandai bersyukur ke?
untung kau.
mana tahu esok-esok rezeki kau diambil oleh tuhan.
siapa tahu kn?

-KURT-


No comments:

Post a Comment