Saturday, August 29, 2009

pedoman & ikhtibara

"Bila Allah cepat makbulkan doamu , Maka DIA menyayangimu."

"Bila Allah lambat makbulkan doamu , Maka DIA ingin mengujimu."

"Bila Allah tidak makbulkan doamu , Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu."

tapi manusia sering lupa untuk bersyukur selepas Allah berikan nikmatnya.
baru je aku laluinya semalam.
btul-btul aku melaluinya.

terima kasih Allah kerana mengingatkan aku kepadamu.

Thursday, August 27, 2009

delilah dan natalie dah tiada..selamat tinggal kalian berdua

DELILAH - sebuah gitar jenis cort yang sangat2 aku sayang dah dipikat oleh orang lain selepas aku menceraikan delilah dengan mas kahwin RM300.

NATALIE - sebuah amplifier jenis marshall yang mempunyai tenaga batin sekuat 40 watt pun sudah dipikat oleh orang lain. Natalie taknak ikut aku, tp mengikut delilah meniggalkan aku keseorangan.

moga-moga kamu berdua baik-baik selalu ya!
papa selalu syg kamu berdua!
menyanyi dengan baik ya kalian berdua!
papa tetap ingat kalian sampai bila-bila.

aku rindu sangat sama kalian berdua.
DELILAH & NATALIE ( 2005 - 2009 )

bazaar atau pentas peragaan?

dimulakan dgn perbualan telefon.

aku: kau katne?
dekman: kat umh mmber aku nie. apsl?
aku: pg bazaar jom! aku tak beli lg juadah berbuka nie.
dekman: relaks ar! pkul 6 kita gerak.
aku: orait!

masa: 6 petang.
lokasi: bazaar ramadhan.

ak dh set kat paleotak ape yg ak nk beli.
memandangkan ada lauk kat umh, so ak nk cr air soya jew.
so, mata ak pon melilau la cari air soya kat setiap kedai yang ada kat situ.
tiba-tiba..
astaufiru'allahalazim..
ak kat dlm crita america next top model ke?
nk cari mknn ke nk jual badan?
takda lagi seksi ke pkaian korang?
prempuan-prempuan...
(p/s: aku tak maksudkn semua prempuan sama okay. maaf!)

kawan2..
hormatlah skit bulan ramadhan nie..
kau nk seksi2 kat umh la..
takpayah la nk pkai baju ketat kat tmpt rmai orang camnie..
dh terkurang dh pahala puasa ramai orang..
aku bkn sengaja pandang..
aku terpandang..
itu pun sbb ak nk cr air soya wat berbuka..

peliklah..
diorang nie tak segan ke?
takpela..
mungkin kali nie tak segan..
tp bila dah mngadap tuhan nnt baru tahu nk segan kowt..
ingt wehh..
kat sana nnt ada tv lg besar dr tv plasma tau tayang ape korang buat kat dunia dulu..

p/s: untuk itu, aku berazam taknak lg ke bazaar...takot~

bismillah

"ya allah, kuatkanlah iman hambamu ini. amin"

aku kena kuat!
jgn ikut kata hati yg mengajak kita buat benda2 tak elok neh.
sudah2 la dgn dosa2 yang pernah aku buat dlu.
ak taknak ulang balik dah.

bulan nie bulan mulia.
mohonlah apa yg nk minta dari Allah yang maha berkuasa.
lakukanlah segala amal ibadah.
hindarkanlah segala dosa.
moga2 kita mempunyai bekalan yg mencukupi di sana kelak.

Allah kan maha adil.
klau di dunia kau tidak berjaya mungkin di akhirat nnt sebaliknya.
itu yg aku tanamkn dlm diri aku.
alhamdulillah, aku lebih tenang dari masa dahulu.

moga-moga semuanya akan berkekalan sampailah akhir nafas aku.
moga-moga tidak terhenti sujudku padamu ya Allah.

" Ya Allah, kau ampunkan dosa-dosa ku ya Allah. Aku menyesal dengan perbuatanku dahulu ya Allah. Ya Allah, kau kuatkanlah imanku, semangatku, pedomanku hanya diatas jalan-Mu ya Allah, sesungguhnya kau maha mengetahui dan maha mengasihani. Amin "

Tuesday, August 18, 2009

10 lagu untuk bulan ini

1. Opick - Taubat
2. Opick - Tombo Ati
3. Ungu - Selawat
4. Ungu - Syurgamu
5. Ungu - Doa
6. Ungu - Sesungguhnya
7. Jamal Abdillah - Kepadamu Kekasih
8. Alexa - Jangan Kau Lepas
9. Yuna - Rocket
10. Yusuf Islam - Mother

taubat by opick

salam.

maaf ye kwn2 sbb ak lame tak update crita2 baru.
ak dh pulang ke politeknik.
so, agak bz skit.
lgpon malas nk ke cc untuk on9.
yela ak kn org ssh tak mampu nk beli laptop dan berukband.

ok.
bulan syaban dah nk berlalu.
bulan ramadhan dah nk tiba.
excited lak nk puasa nie.
maklumlah, bulan pnuh keberkatan kn.
takkn nk tolak pluang tmbh bekalan untuk hari penentuan kelak kn.

sblom ak mngundurkn diri wat kali nie.
ak nk kongsi lirik lagu taubat dr opick.
lagu nie btol2 wat kita insaf untuk kembali ke jalan Allah.
so klaw nk tgk video lagu nie,
sila lah ke youtube dan taip je opick.

akhir kata,
selamat berpuasa kawan2 smua!
jangan ponteng2 lg ya!
kita kan dh tua kn!

TAUBAT by opick:

wahai tuhan
jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang
tanpa arah
rindu hati sinarMu

wahai tuhan
aku lemah
hina berlumur noda
hapuskanlah
terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa

ya Rabbi
ijinkanlah
aku kembali padaMu
meski mungkin
takkan sempurna
aku sebagai hambaMu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa

berikanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali

dan mesti tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa

berikanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali kepadamu

Tuesday, August 4, 2009

delilah

peninglah!
aku punya sumber kewangan yg mencukupi utk onizuka tiger.
tp aku berkeinginan mahukan sebuah electrical drum set.

hurmmm..
mahu jual delilah tapi khuatir tiada siapa mahu membeli.
ada sesiapa mahu membeli delilah aku?
delilah berasal dari indonesia.
berwarna hitam.
masih mempunyai dara sunti.
belum lagi di-upgradekan lagi.
nanti aku uploadkan gambarnya untuk kalian merisik ya!

aku punya lagi seminggu untuk berehat dirumah.
bosan sudah!
kenapa pihak politeknik suka-suka memberi cuti?
bila aku dah bersemangat nak belajar balik, time tue lah dapat cuti free.
potong stim la kau nie encik pengarah!

apa nk buat kat rumah nie?
memasak sudah.
angkat kain baju setiap petang sudah.
melepak bersama keluarga, rakan-rakan sudah.
bersosial sudah.
menjaga marissa amani sudah.
menghabiskan duit poket sudah.
aku perlukan suasana di dewan kuliah la!!!!
tapi bila dah start kelas mulalah malas..
manusia-manusia..
memang sukar untuk difahami.

oh aku begitu teruja untuk ke rumah pakcik ku hari sabtu dan ahad nanti.
ada kenduri kahwin katanya.
dah lama rasanya tak menjadi hamba suruhan nie.
bila ada kenduri kahwin, kerjaku hanya menangkap gambar.
kali nie aku sebagai hamba suruhan.
jom rewang!

aha!
megan ada interview di subang jaya.
boleh la aku berjumpa dgn dia.
rindu katanya.
maklumlah bukan selalu berjumpa.
sesekali nak lepas rindu apa salahnya.
tapi biar berbatas la kn?

untuk megan,
selamat ber-interview!
agak-agak gugup tue baca-baca apa yang patut ya!
baca doa makan pun boleh gak..
hahaha!

-KURT-

Sunday, August 2, 2009

Temasya Sukan Tahunan Kuala Lumpur

ACARA: lari beramai-ramai sambil menutup mata dan hidung, melontar peluru yang bertepung, pesta air yang memedihkan mata, pertandingan menjerit paling kuat, pertandingan menumbuk dan sepak terajang, pertandingan jalan kaki beramai-ramai
MASA: 2.00 petang
TEMPAT: sekitar jalan di kuala lumpur.
PESERTA: muslimin dan muslimah penegak keadilan, manusia yang hanya pandai memegang senapang air dan tepung, manusia yang hanya pandai membesarkan perut dengan wang rasuah, manusia yang mempunyai senjata canggih yang takut berdepan dengan manusia yang bersenjatakan batu, tangan dan kaki.
POST-MORTEM
aku.
penat berlari sehingga terasa tidak mampu berjalan.
tapi,
aku tetap bersemangat meneruskan peperangan menuntut keadilan.
bila ditanya,
apa yang kau dapat dengan semua itu?
aku jawab,
justice!
kebenaran!
keadilan!
kau akan paham bila kau berada bersama mereka ini.
muslimin dan muslimah yang sanggup untuk berpedih mata.
muslimin dan muslimah yang sanggup untuk basah kuyup.
muslimin dan muslimah yang sanggup untuk bersakit-sakit.
muslimin dan muslimah yang sanggup untuk bergadai nyawa.
untuk apa?
hanya satu.
keadilan.
ada orang cakap,
kenapa mahu ikut semua ini, siapa yang bersalah tentunya ditangkap dan dihantar ke ISA.
jawapan aku,
ya!
aku sokong cakap kau.
TAPI,
jikalau orang itu tidak salah, haruskah untuk ditangkap dan dihumban ke sana?
tidakkah itu sesuatu yang kejam?
tidakkah itu sesuatu yang mengaibkan?
dimana keadilan?
dimana kebenaran?
kau hanya mampu jadi orang yang mengangguk dan bersetuju tanpa mengkaji dulu?
kau hanya mampu jadi orang yang mengikut kata tanpa kira benar atau salah?
kau hanya mampu jadi orang yang mengikut telunjuk tanpa kira pahala dan dosa?
jika ianya benar dan betul, tak apa.
jika ianya salah?
mahu tanggung dosa bersama mereka?
aku malu melihat anak-anak kecil bersemangat melaungkan keadilan.
mereka mempunyai semangat yang kuat berbanding aku.
mana pergi anak-anak muda seperti aku?
cuba tinggalkan sebentar semua kegembiraan dunia.
luangkan masa sedikit untuk menuntut keadilan.
marilah!
-KURT-

1 + 1 = berdua

ok.
berdua sudah.
bukan lagi berseorangan.
alhamdulillah.
semuanya baru bermula.
kena kuat smangat pasni.
nak cari berlian pon susah,
ini lagi yang berharga daripada berlian.
mana boleh lepaskan dengan mudah.
mesti kena jaga elok-elok kn?

maklumlah,
benda yang kita sayang kn?
takkan nak biar rosak.
takkan nak biar buruk.
rindu betul lah!
sayang betul lah!

terima kasih ye!

-KURT-