ACARA: lari beramai-ramai sambil menutup mata dan hidung, melontar peluru yang bertepung, pesta air yang memedihkan mata, pertandingan menjerit paling kuat, pertandingan menumbuk dan sepak terajang, pertandingan jalan kaki beramai-ramai
MASA: 2.00 petang
TEMPAT: sekitar jalan di kuala lumpur.
PESERTA: muslimin dan muslimah penegak keadilan, manusia yang hanya pandai memegang senapang air dan tepung, manusia yang hanya pandai membesarkan perut dengan wang rasuah, manusia yang mempunyai senjata canggih yang takut berdepan dengan manusia yang bersenjatakan batu, tangan dan kaki.
POST-MORTEM
aku.
penat berlari sehingga terasa tidak mampu berjalan.
tapi,
aku tetap bersemangat meneruskan peperangan menuntut keadilan.
bila ditanya,
apa yang kau dapat dengan semua itu?
aku jawab,
justice!
kebenaran!
keadilan!
kau akan paham bila kau berada bersama mereka ini.
muslimin dan muslimah yang sanggup untuk berpedih mata.
muslimin dan muslimah yang sanggup untuk basah kuyup.
muslimin dan muslimah yang sanggup untuk bersakit-sakit.
muslimin dan muslimah yang sanggup untuk bergadai nyawa.
untuk apa?
hanya satu.
keadilan.
ada orang cakap,
kenapa mahu ikut semua ini, siapa yang bersalah tentunya ditangkap dan dihantar ke ISA.
jawapan aku,
ya!
aku sokong cakap kau.
TAPI,
jikalau orang itu tidak salah, haruskah untuk ditangkap dan dihumban ke sana?
tidakkah itu sesuatu yang kejam?
tidakkah itu sesuatu yang mengaibkan?
dimana keadilan?
dimana kebenaran?
kau hanya mampu jadi orang yang mengangguk dan bersetuju tanpa mengkaji dulu?
kau hanya mampu jadi orang yang mengikut kata tanpa kira benar atau salah?
kau hanya mampu jadi orang yang mengikut telunjuk tanpa kira pahala dan dosa?
jika ianya benar dan betul, tak apa.
jika ianya salah?
mahu tanggung dosa bersama mereka?
aku malu melihat anak-anak kecil bersemangat melaungkan keadilan.
mereka mempunyai semangat yang kuat berbanding aku.
mana pergi anak-anak muda seperti aku?
cuba tinggalkan sebentar semua kegembiraan dunia.
luangkan masa sedikit untuk menuntut keadilan.
marilah!
-KURT-
No comments:
Post a Comment