Wednesday, November 11, 2009

surat kiriman tidak rasmi

aku tahu kau siapa.
pernah aku cakap aku ambil kira semua?

aku sayang kau.
sayang pada diri kau.
sayang pada hati kau.
tak kisah kau begitu atau begini.

cuma aku mahu membantu.
kau tak pernah paham.
kau tak pernah nak ambil tahu.

tak mengapa.
itu kan diri kau.

aku pernah cakap kat diri aku.

"dia lagi sesuai dengan orang lain, siapalah aku nie. BODOH!"

"dia berkedudukan setaraf dengan orang hebat, aku? duduk dengan manusia yang selekeh"

"dia tak toleh kau bila di atas nanti, kau jgn mimpilah mahu bersama dia"

mungkin ini hakikatnya.
kau lagi baik dengan orang lain.

"perit dowh! sakit dowh!"

tak apa.
aku yang rasa seorang.

kau bilang,

"saya tak mahu sakitkan awak lagi"

aku bilang,

"itu yang sakit tue"

realiti memang sakit dari fantasi.

kalaulah kau baca coretan aku.

. . .

berubah?

ya sejak kau ke kuala lumpur.
memang kau berubah.
mungkin sudah bebas.
culture shock?
ye kot.

aku?
diam saja.
tak mahu cakap.
lagipun nanti kau bilang aku busybody.
ye aku diam.
diam.
dan diam.

sampailah saat perit tue datang.
tahu tak?
aku tersandar di dinding dengan hati sakit waktu kau beritahu.
aku kaku.
tapi kau masih gelak lagi.
masih boleh tersenyum.
kau rasa aku senyum?
mulut ya!
hati?
Allah SWT sahaja yang tahu.

lelaki menangis?
ya!
sebab ape?
sayang kau lah!

tak mengapa.
aku seorang sahaja yang merasanya.
kau rasa juga?
tak lah, kau hanya meneruskan je.

nak benci kau?
tak boleh.
aku makin sayang kau.
aku makin cinta kau.
aku makin rindu kau.

kau tahu?
tak tahu kan?

tak mengapa.
aku sahaja yang merasa.

nah sekarang kau mahu meninggalkan aku.
aku kaku lagi.
aku yang sakitkan kau agaknya.
aku masih kaku.

kalau lah kau baca coretan aku.
kalau lah kau baca blog ini.

mungkin kau akan tahu.
kenapa aku sayang kau sangat-sangat.

tak apa,
aku seorang je yang rasa.

-dari jimmy untuk megan-

No comments:

Post a Comment