Sunday, December 13, 2009

jakarta dan singapura

jakarta dan singapura.

itu rezeki namanya. iya, rezeki utk aku mungkin? biarkan dulu, ada hal lagi besar belum lagi diselesaikan. ini minggu terakhir utk semester 6. iya, semester penghabisan. tapi untuk orang lain. untuk pelajar lain. bukan untuk aku. aku masih ada lagi hutang untuk diselesaikan di politeknik ini. ketara bukan, jangan pernah berkenalan dengan ku. seorang yang bodoh. pemalas, malahan masih kebingungan. saat yang lain hampir pasti memegang segulung diploma, aku masih memicu pen berwarna biru di atas sekeping nota. aku masih berpakaian mengikut akta yang telah ditetapkan. aku masih meneruskan kehidupan harian mengikut jadual yang telah disusun.

nah! siapa gadisku? siapa kekasihku? siapa teman istimewaku? lari! lari semuanya. aku tak layak untuk kalian. manusia bodoh seperti aku tak mampu atau tak setanding dengan manusia elit yang lain. kalian perlu lari menyelamatkan diri daripada manusia lemah ini. sekarang kalian tahu bukan siapa aku? tutup saja telefon kalian jika aku cuba menghubungi kalian. nescaya aku tahu kalian mahu lari dari ku. tak mengapa, aku paham.

apa ada dengan masa depanku? tahun hadapan aku bakal melihat teman-teman ku mengutip hasil mereka. aku? mengukir senyuman, mengatakan tahniah, bergurau senda. mulut boleh bohong. hati? simpan saja dalam-dalam. mahu cerita dengan siapa? berdiri di kaki sendiri. mencari penasihat dan teman mengadu, siapa mahu! buktinya? aku kan teman 5 hari sahaja. susah dicari senang dibuang.

*diam*

No comments:

Post a Comment