Saturday, April 24, 2010

gua tulis ini 3

cerita ini mungkin ada unsur-unsur 18sg. diharapkan pembaca dapat memahami isi kandungan cerita ini dengan sebaik-baiknya. bukan untuk memburukkan sesiapa cuma luahan dari si penulis yang telah lama mendiamkan diri dari berkata-kata. jikalau ada pihak yang tidak berpuas hati dengan si penulis, hubungi beliau melalui facebook, myspace mahupun telefon bimbitnya.

gua dah lama diamkan diri. kali nie biar gua cerita. gua kadang-kadang pelik, kenapa mulut yang bercakap tentang janji tak pernah melunaskan apa yang dijanjikan. gua selalu dengar ayat ini, "gua dah benci, haram gua takkn nk balik kat dy!". perghh! bukan main lagi lu cakap tp hapak pun takde. jgn la nk berlagak ego tggi klcc klau hati lu tue sbnrnya tak ubah mcm tisu dan kaca. lu dah syg itu bro evn lu kena maki pun, its okay la klau lu kata "gua still syg dy, gua akn trima dy klau dy berubah." haaaaa. mcm nie baru btul ayat lu. takde la lu kasi harapan kat org lain.

gua bercakap nie bkn sbb ape-ape cuma nk menyedarkan lu sblum lu buat lg dekat orang lain. jgn kata "gua syg lu la lbih dari kawan plak", klau cakap je takpe tp klau yang lain pun lu kasi? tak ke lu rasa org yg menerima fkir "gua rasa dy nk kat gua". haiyak! dunia-dunia, kadang-kadang ade benda yg tak berubah. jgn mainkan perasaan org lain bro. lu jgn anggap orang lain boleh terima apa yg lu buat. lu selamat la bila yg lu buat nie kena kat org yg hatinya lembut. tapi kalau kena kat yg hati dengki punya? lu buat camni, kang lu kena lg teruk. bomoh la, kena buru 24 jam la, hidup lu pun tak senang nnt.

"memberi lebih baik dari menerima". ayat nie bagus digunapakai bukan? yup! musykilnye ialah yang memberi jadikan yg menerima tue tmpt melepaskan sedih, susah, geram dan macam-macam lagi la benda yang negatif berbanding positif. lepas yang memberi tue rasa, "gua takde feel la ngn lu, gua nk blah la kat yang dulu". lu jadikan yang menerima tu lalang ke? tinggal gitu-gitu je. sikit pun tak fikir langsung pasal si menerima. cuba kalau lu duduk tempat si penerima, lu dapat macam tue skali. ape lu rasa? jangan la buat 1 benda tanpa berfikir. lu dah senang, yg lagi sorang jadi bengang. ape nie? biar pergi dengan aman jangan pergi ade dendam atau pun marah. nak berkawan pun susah nanti.

gua tulis bukan ape. gua dah simpan lama dah. gua tak pernah herdik lu. gua tak pernah maki depan muka lu. cuma gua pernah tersalah cakap kat lu. gua dah malas nak simpan-simpan lagi cerita nie. mana yang membaca tentu dapat menilai mana baik mana buruk. gua rasa ada baiknya gua buat macam ini dari gua diamkan diri sebab takut lu rasa apa yang lu buat semuanya bagus, elok, sempurna dan lain-lain. gua cerita bukan untuk menagih simpati cuma gua nak lu sedar, apa yang betul dan apa yang salah. gua takut lu buat kat salah orang, nnt lu kena lagi teruk. sekarang, gua tau ada perlumbaan baru. 2 wanita mengejar seorang lelaki. lu datang bila lelaki tue ade spcial gf dan gf tue sayang gila kat lelaki tue. tiba-tiba lu datang nak rampas balik lelaki tue. kalau dapat lelaki tue, lu tak fikir perasaan gf tue td? klau lu duduk kat tmpat gf tue cemane? gua pernah nak tanya camni tapi gua takut lu anggap gua penyibuk. gua berpesan sebagai seorang kawan. gua harap la kali ni lu dapat guna akal fikiran lu yg waras tue dengan betul. selesaikan masalah tue nanti dengan baik. buatlah macamane sekalipun tapi janganlah sampai ada yang terluka. kesian gua tengok lu, nak kata "dah ludah jilat balik" pun rasanya lu takleh terima. takpelah, dah itu cara lu, jalan lu, gua pon takleh buat ape-ape.

gua tau lu mesti marah punya gua tulis camni. terpulanglah, gua tolong apa yang patut. hak gua untuk bersuara, gua dah gunakan sebaik mungkin. cuma gua nak pesan lagi satu,

"jangan sampai kena maki hamun lagi, jagalah elok-elok kali nie. jangan sampai kena label perempuan murahan lagi"

hopefully lu tak marah la gua buat macam nie ye. gua bercakap benda yang betul. benda yang gua tak pernah reka.

ini cerita yang gua tak pernah reka.

chow!

Friday, April 16, 2010

PURA-PURA

lu orang penah tengok citer Wanita Hari Ini tak? gua minat cerita tue. lu orang tau sebab pe? banyak benda baru kita boleh dapat tahu. ape?! lu orang ingt citer tue khusus utk wanita je ke? gua punya bunga pon tak tgk citer tu la bhai. ok, gua nak story skit pasal topik yang dibincangkan kat WHI tadi bertajuk,

"PURA-PURA BAHAGIA"

jangan ingt tajuk nie utk yang bercinta atau yg berkahwin je. utk hidup pun ade kaitan gak. tapi lebih ke arah perkahwinan sebenarnya. mase tue, panel-panel jemputan ialah pelakon wanita sorang dengan pasangan artis yg dah berkahwin. panel utama plak kaunselor dari jabatan agama islam kowt. gua pon ingt-ingt lupa la. so, bila pengacara tue tanya "bolehkah kita berpura-pura dalam 1 hubungan cntoh dalam hubungan perkahwinan?"

kaunselor tue cakap, "pura-pura yang bagaimana?dan apa pula tujuan kita utk berpura-pura? sebenarnya pura-pura itu tidak la bagus dan ianya HARAM tapi jika perlu untuk kita berpura-pura utk menjaga hati ataupun sesuatu yang baik, diHARUSkan kita berbuat demikian. namun, seelok-eloknya kita berterus terang supaya perkara itu tidak akan menjadi lebih keruh ataupun teruk."

pengacara tue tanya, "beza pura-pura dengan bohong?"

kaunselor tue cakap, "tahukah kita bahawa pura-pura itu dosanya lebih besar dari kita berbohong?, daripada kita berpura-pura lebih baik kita berbohong. sebab ape?, ianya kerana kita tidak akan menjadikan seseorang itu meletakkan kepercayaan ke atas kepura-puraan kita. sebagai contoh, kita berpura-pura bercinta dengan seseorang, kita meletakkan harapan pada pasangan kita, padahal sebenarnya hati kita pada orang lain tetapi kita berpura-pura menyayanginya semata-mata mahu melupakan orang lain. dari ini kita dah menyakitkan hati dan perasaan orang itu. paham? jangan bermain dengan pura-pura nie. ianya nampak kecil tapi akibatnya sangatlah besar."

lepas gua tgk, gua rasa kalau gua di'PURA-PURA'kan, gua pun tak tau nak cakap ape sebab yang pastinya gua sayang sama gua pnye bunga. tapi klau jadi kat gua pun, gua sabar je la. sebab kaunselor tue pon sendiri cakap,

"jika kita sabar dan ikhlas dalam melakukan sesuatu, maka pulangan yang akan kita dapat adalah berkali ganda daripada apa yang kita hajatkan. kita kena ingat, ape sekalipun mestilah sabar dan juga ikhlas"

SABAR DAN IKHLAS

chow!

Wednesday, April 14, 2010

sila jaga hati orang yang tersayang ..

jangan sesekali buat macam apa yang gua buat. lu dah ada orang yang sayang lu, lu jaga elok-elok. nanti bila orang yang lu sayang tue terluka, marah sebab lu, memang susah la lu nak pujuk balik. lu orang patut bersyukur sebab ada yang sanggup berkorban untuk lu. tak kira la mak, ayah, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, kawan-kawan takpun awek lu orang or pakwe lu orang. gua dah rasa macamane tak menghargai orang tersayang. sakit beb!

betul gua cakap nie. realiti tak pernah sama dengan fantasi. lu orang jangan ingat bila dia merajuk, dia akan cool balik lepas tu datang kat lu. itu luaran, hati tak siapa tahu. gua pesan kat lu orang ngan diri gua sendiri, kena ingat sebab apa yang kita cakap itu yang dia ingat.

chow!

gua tulis ini 2

projek superbike gua hampir siap. sport rim gua dah kaler merah. kalau rossi nampak pon cnfirm dia nak pnjam buat berlumba tp sori la rossi, gua tak perlu populariti murahan lah. terima kasih la kawan-kawan gua sebab tolong siapkan superbike gua. 1 masalah gua dah selesai. sekali lagi gua dapat dugaan. gua dah tersilap cakap. gua dah sakitkan hati seorang manusia yang gua betul-betul sayang. betul kata harun salim banchik, "kerana mulut badan binasa, kerana mulut juga hati terseksa, kerana mulut lauk ayam masak merah pun habis".

gua tau dia tengah marah dengan gua. gua memang menyesal la cakap lu camtu. kalau dia nak hukum gua pun, gua adab je dengan rela. sebab semua salah gua buat dia sakit ati, kecewa, geram, bengang dengan gua. bagi gua, dia ada hak nak buat camtu kat gua.

tapi gua takkan putus asa kembalikan balik keriangan kita dulu. gua takkan putus asa. gua harap la dia dapat baca apa gua tulis nie. gua betul-betul menyesal. kalau dia tak dapat nak maafkan gua, terpaksalah gua hidup macam nie sampai gua tua. gua tak segan kalau ada yang cakap gua jiwang, tulis-tulis camnie. biar gua yang rasa. dia dah banyak susah dengan gua. biar gua rasa plak susah camne yag dia rasa.

maaflah. gua manusia biasa. gua dah tersalah cakap kat lu missy. gua sayang lu sangat-sangat. gua ingat kalau boleh lu kasi la gua 1 lagi peluang. gua nak tebus balik kesalahan gua. gua still lagi pegang apa yang lu cakap sampai arini.

itu masalah gua. sekarang gua kena selesaikan masalah gua. gua tak kisah kalau orang kata macam-macam kat gua. gua doa hati dia lembut balik. harap-harap semuanya kembali macam dulu.

ini cerita yang gua tak pernah reka.

hamka berpesan, "lelaki sejati adalah lelaki yang tak pernah berputus asa walaupun dia gagal"

gua pegang ayat ni sampai bila-bila.

chow!

Friday, April 9, 2010

gua tulis ini

bila belum dapat bukan main rajin mencari.
bila sudah dapat apa yang dimahukan, senang-senang lupa.

yup! mmg betul kn? gua pn selalu gak jadi camni. gua minat gitar, tapi bila gua dah beli gitar tue, gua jadi lupa nak jaga. tapi ayat kat atas tue takda kaitan dengan gitar pn. semua pasal idup gua.
tapi manusia tetap manusia. tak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. gua silap ngan lu. gua kadang-kadang bz smpai gua ignore lu. tp jujur la gua cakap, gua tak pernah lupa lu. gua tau lu ssh nk percaya cakap gua. takpe gua tak kisah. nanti bila 1 masa insya'allah lu percaya apa gua cakap. gua tau kalau gua tak sempat ikot plan 2 tahun tue, lu tinggalkan gua. gua paham. tapi sampai sekarang gua set kat dalam paleotak gua yang gua mesti ikot plan tue. gua tau lu byk sabar ngan gua, klau lu bini gua sekarang pon dah tentu lu cium bau syurga punya. gua tau byk kali dah gua minta maaf kat lu. tp memang gua akui la yg gua byk salah ngn lu. gua bukan orang suci beb. gua kotor dari lu. lu jgn amik hati bila gua tulis camni. gua just nk bgtau je. gua tau sekarang nie lu rasa gua tak serius, dan tak pernah serius ngn lu. takpe, lambat laun lu tau la yang gua serius dari dulu lagi. ada orang pernah cakap kat gua,

"kalau letak harapan tinggi gunung tapi bila 1 masa harapan tu hilang, siap sedia la nak hadapinya ..."

gua dah ready dah. dari dulu lagi dah ready. minta-minta harapan gua tak hilang la. klau hilang gak, itu dah kerja tuhan.

chow!