Friday, April 16, 2010

PURA-PURA

lu orang penah tengok citer Wanita Hari Ini tak? gua minat cerita tue. lu orang tau sebab pe? banyak benda baru kita boleh dapat tahu. ape?! lu orang ingt citer tue khusus utk wanita je ke? gua punya bunga pon tak tgk citer tu la bhai. ok, gua nak story skit pasal topik yang dibincangkan kat WHI tadi bertajuk,

"PURA-PURA BAHAGIA"

jangan ingt tajuk nie utk yang bercinta atau yg berkahwin je. utk hidup pun ade kaitan gak. tapi lebih ke arah perkahwinan sebenarnya. mase tue, panel-panel jemputan ialah pelakon wanita sorang dengan pasangan artis yg dah berkahwin. panel utama plak kaunselor dari jabatan agama islam kowt. gua pon ingt-ingt lupa la. so, bila pengacara tue tanya "bolehkah kita berpura-pura dalam 1 hubungan cntoh dalam hubungan perkahwinan?"

kaunselor tue cakap, "pura-pura yang bagaimana?dan apa pula tujuan kita utk berpura-pura? sebenarnya pura-pura itu tidak la bagus dan ianya HARAM tapi jika perlu untuk kita berpura-pura utk menjaga hati ataupun sesuatu yang baik, diHARUSkan kita berbuat demikian. namun, seelok-eloknya kita berterus terang supaya perkara itu tidak akan menjadi lebih keruh ataupun teruk."

pengacara tue tanya, "beza pura-pura dengan bohong?"

kaunselor tue cakap, "tahukah kita bahawa pura-pura itu dosanya lebih besar dari kita berbohong?, daripada kita berpura-pura lebih baik kita berbohong. sebab ape?, ianya kerana kita tidak akan menjadikan seseorang itu meletakkan kepercayaan ke atas kepura-puraan kita. sebagai contoh, kita berpura-pura bercinta dengan seseorang, kita meletakkan harapan pada pasangan kita, padahal sebenarnya hati kita pada orang lain tetapi kita berpura-pura menyayanginya semata-mata mahu melupakan orang lain. dari ini kita dah menyakitkan hati dan perasaan orang itu. paham? jangan bermain dengan pura-pura nie. ianya nampak kecil tapi akibatnya sangatlah besar."

lepas gua tgk, gua rasa kalau gua di'PURA-PURA'kan, gua pun tak tau nak cakap ape sebab yang pastinya gua sayang sama gua pnye bunga. tapi klau jadi kat gua pun, gua sabar je la. sebab kaunselor tue pon sendiri cakap,

"jika kita sabar dan ikhlas dalam melakukan sesuatu, maka pulangan yang akan kita dapat adalah berkali ganda daripada apa yang kita hajatkan. kita kena ingat, ape sekalipun mestilah sabar dan juga ikhlas"

SABAR DAN IKHLAS

chow!

No comments:

Post a Comment