Thursday, May 13, 2010

gua tulis ini 6

bila gua teruskan. mahu ke lu terima? gua bukan yang lu nak. gua cuma merempat.
bila gua teruskan. mahu ke lu mengaku? gua bukan sesiapa. gua tak dirasai.
bila gua teruskan. mahu ke lu percaya? gua bukan yang utama. gua hanya sampingan.

apa yang gua nak buat? takkan gua nak menyerah kalah. gua tau gua boleh lagi bagus.
gua pernah janji jaga lu sampai bila-bila. gua pernah cakap akan letak lu depan hidup gua.
lu adalah salah 1 sebab gua still melangkah dengan bergaya kat dunia nie.
gua tak pernah menyesal dengan lu. sikit pon tak pernah!

apa ingat gua senang ke nak tinggal lu camtu?
kalau lu kena maki lagi, cemana?
lu ingat gua tak bengang ke bila lu kena maki? lu tak dihargai?
walaupun gua fikir gua nie takde apa-apa kaitan ngan lu.tapi gua terasa la.
lu bukan budak-budak lagi. lu bukan sampah pun. walaupun sekejap gua kenal lu, tapi gua dapat tau lu nie cemane orangnya.

gua tau apa yang jadi masa lu tengok stileto tempoh hari. semua tak menjadi sejak aritu.
dalam kereta, lu cerita pun tak pandang muka gua.
takpela, lu syg dia lagi.
gua paham.

"apa yang lu borak td", gua tanya.
"gua buat semua utk kita", lu jawab.

sikit pon gua tak marah lu. sikit pon gua tak amik ati kat lu. sikit pon tak pernah hilang sayang gua kat lu.
gua ada baran. tapi gua buang jauh-jauh. biar gua selesaikan dengan aman dan damai.
ini gua tak tipu. gua takkan tipu lu. gua sayang lu dengan apa yang lu ada sekarang dan selamanya. gua tak mintak lu berubah. kalau ada pun untuk kebaikan lu gak.

gua rasa, inilah cerita jiwang gua yang terakhir dalam hidup gua. gua nak tutup cerita nie dengan penamat yang menggembirakan.
insya'allah, kalau itu yang ditulis oleh Yang Maha Kuasa. selagi gua ada kudrat, selagi gua ada nafas, selagi itu gua berusaha untuk kembalikan cerita ini kepada penamat yang menggembirakan.
gua tau akan datang banyak halangan. gua sedar semuanya tak mudah.
tapi cukuplah gua dah sekali berputus asa. kali nie gua tunaikan "moral fiber" yang gua pernah karang untuk lu. gua takkan menyerah kalah.

tapi,

bila tuhan kata berhenti.
gua akan berhenti.
sebab gua percaya,
"kalau bukan di dunia ini, mungkin di sana nanti. gua tetap tunggu."
lu lah yang terakhir dan tersayang pernah gua rasa.

ini cerita yang gua tak pernah reka.

No comments:

Post a Comment