Friday, July 30, 2010

today

gua ada hobi baru. memancing merupakan hobi baru gua bila gua ada kat port dickson. setiap malam membawa ke awal pagi, gua mesti ada sekitar gigi pantai dan kuala. gua dah boleh meletakkan diri gua setanding nelayan kelas beginner dan hampir terus ke profesional. oh tahi! gua bukan nak cerita pasal hobi baru gua tapi mungkin ianya ada kaitan dengan apa yang gua nak cerita hari ini.

gua pulang dari gigi pantai pada pukul 4.00 pagi. gua tak kisah balik awal-awal pagi nie sebab kelas gua hari jumaat pukul 11.30 pagi. so, gua rasa sempat la gua tido 2-3 jam. siap mandi dan memberus gigi, gua terus masuk bilik. buka radio dan terus tumbang kat tilam. tup-tup gua lentok dan terus lena. pukul 10 pagi member gua iaitu jamal abdilah kejut gua bangun. dalam mamai-mamai dengan melekat air suci kat muka gua, gua macam malas je nak bangun. so gua pun ambil keputusan nak lelap dalam setengah jam.

tiba-tiba gua bangun tengok jam je dah pukul 11.45 pagi. aiyak! gua dah lewat nak pegi kelas nie. gua hantar mesej kat member gua mintak tolong sain nama gua. dengan perasaan serba salah gua tunggu la balasan mesej dari member gua. then, member gua balas.

"kelas batal. sekian terima kasih."

gua yang masih mamai terus tarik selimut untuk sementara waktu sebelum solat jumaat. lepas solat, gua pun pack la barang nak balik rumah family gua yang tercinta. member gua yang namanya aleng pun bertanya kat gua.

"kau jangan lupa hantar report kat ofis. kat ada yang memekak nanti."

gua jawab dengan selambe.

"yela aku tau. benda kecik je."

member gua angguk-angguk kepala dan sambung tengok cerita drama tv3. lepas sumbat barang kat kereta skyline R34 bapak gua tue, gua gerak balik klang. sampai kat klia, gua toleh seat belakang sebab nak amik rayban gua. mana la tau dapat ushar pramugari balik kerja dekat traffic light sebelah litar sepang tue.

tiba-tiba lak gua nampak report lab gua. gua lupa nak hantar!! aisemen, mampus gua kena maki dengan member gua nanti. gua terus mesej lecturer gua minta permission hantar report hari isnin. dengan bangganya lecturer gua balas,

"ofis tutup hari ni. lect semua ada meeting. report hantar hari isnin."

gua senyum-senyum kambing dan sambung nyanyi lagu faizal tahir. yeah!

Monday, July 19, 2010

dadah untuk kalkulus.

lagu untuk minggu ini:

1. Chapter 1: Introverting Dimensions - The Fall of Troy
2. Chapter 2: A Strange Conversation -The Fall of Troy
3. Chapter 3: Nostalgic Mannerisms - The Fall of Troy
4. Chapter 4: Enter the Black Demon - The Fall of Troy
5. Chapter 5: The Walls Bled Lust -The Fall of Troy
6. Scene - Envy
7. A Warm Room - Envy
8. Night In Winter - Envy
9. New Sentimentality - Toe
10. Put Your Dream To Sleep - Deepset

ini semuanya kerana kalkulus yang amat sial. ubatnya adalah ini. jahat dan tahi.
sekian.

Saturday, July 17, 2010

sarapan pagi

burung. mulutnya bersiul. kadang-kadang melodinya sedap di dengar, kadang-kadang melodinya benci untuk di dengar. mulutnya masih lagi bersiul. tiba-tiba siulannya terhenti tatkala melihat rezekinya lalu dihadapan mata. dia datang kearah rezekinya. ditenung dengan tajam. sarapan pagi hari ini cacing rupanya.

cacing cuba untuk melarikan diri. badannya dihenjut sekuat hati. perasaannya cemas. hatinya khuatir. badannya menggigil. cacing tahu bahawa dia bakal menjadi sarapan burung. sempatkah dia menyelamatkan diri?

burung datang dekat. makin dekat. senyum melihat gelagat rezekinya. burung berkata, "jangan lari. kau memang takkan mampu menyelamatkan diri. jangan lari wahai rezeki."

cacing menjerit, "selagi aku terdaya, aku akan terus melawan. aku taknak mati sia-sia. pergi kau si burung celaka!"

burung tergelak. sayap kanannya sudah memegang garfu manakala sayap kirinya sudah memegang pisau. di lehernya sudah terikat kain lap mulut. burung memandang rezekinya penuh nikmat. lalu berkata, "wahai rezeki, terima kasih kerana menjadi sarapan pagi aku. aku doakan kau di syurga ya!"

cacing tidak menghiraukan kata-kata burung. tetapi dalam hatinya, dia sudah tahu ajalnya sudah tiba. dia berhenti berlari. dia tawakal dengan apa yang akan jadi.

akhirnya, sarapan pagi itu habis dimakan oleh burung. burung menyimpan garfu dan pisau tadi ke dalam poket bajunya. dia terbang lagi sambil bersiul-siul riang. apa pula yang nak dimakan untuk lunch nanti ye, bisik hati burung.

tamat.

Wednesday, July 7, 2010

sorotan

sebatang rokok sudah dihisapnya. dia tenung ke dinding tepat depan matanya. fikirannya melayang mencari ilham. ya, ilham. ilham yang belum lagi tiba. ilham yang bakal mengubah kehidupannya menjadi lebih senang. tapi bagi si dia, pendiriannya sangat berbeza. dia tidak mahukan kekayaan. dia tidak mahukan kemewahan. cukup sekadar selesa dan mampu untuk makan dan minum.

dia ambil lagi sebatang rokok. dihisapnya dengan penuh khusyuk. dia menutup matanya. dia menunggu lagi. dan lagi. dan lagi.

ilham masih belum tiba.


p/s: ape yang gua taip nie??

Friday, July 2, 2010

riwayat musafir

lelaki itu duduk setelah penat berjalan. dia memandang kiri dan kanan dan tertanya-tanya dimanakah dia berada. lelaki itu membuka bungkusan plastik yang dibawa keluar dari masjid tadi. "Alhamdulillah. rezeki hari ini cukup memadai". kata lelaki tadi. di dalam bungkusan plastik tadi hanyalah nasi lemak sebesar tapak tangan.

dijamahnya nasi tadi dengan perlahan dan penuh nikmat. dalam hatinya berdoa semoga empunya yang memberikan nasi lemak kepadanya tadi mendapat balasan yang baik dari tuhan. dia melepaskan lelahnya dengan bersandar di sebatang pokok yang rendang. dia memejamkan mata. menenangkan fikirannya. nafasnya perlahan. dadanya bergerak keatas dan kebawah mengikut turutan.nafasnya terhenti.

dia tertidur untuk selamanya.

tamat.