cacing cuba untuk melarikan diri. badannya dihenjut sekuat hati. perasaannya cemas. hatinya khuatir. badannya menggigil. cacing tahu bahawa dia bakal menjadi sarapan burung. sempatkah dia menyelamatkan diri?
burung datang dekat. makin dekat. senyum melihat gelagat rezekinya. burung berkata, "jangan lari. kau memang takkan mampu menyelamatkan diri. jangan lari wahai rezeki."
cacing menjerit, "selagi aku terdaya, aku akan terus melawan. aku taknak mati sia-sia. pergi kau si burung celaka!"
burung tergelak. sayap kanannya sudah memegang garfu manakala sayap kirinya sudah memegang pisau. di lehernya sudah terikat kain lap mulut. burung memandang rezekinya penuh nikmat. lalu berkata, "wahai rezeki, terima kasih kerana menjadi sarapan pagi aku. aku doakan kau di syurga ya!"
cacing tidak menghiraukan kata-kata burung. tetapi dalam hatinya, dia sudah tahu ajalnya sudah tiba. dia berhenti berlari. dia tawakal dengan apa yang akan jadi.
akhirnya, sarapan pagi itu habis dimakan oleh burung. burung menyimpan garfu dan pisau tadi ke dalam poket bajunya. dia terbang lagi sambil bersiul-siul riang. apa pula yang nak dimakan untuk lunch nanti ye, bisik hati burung.
tamat.
No comments:
Post a Comment