Friday, October 22, 2010

kosong

lompat-lompat. bila nak gapai bintang?
lari laju-laju. bila nak kalahkan usain bolt?
nyanyi sedap-sedap. bila nak jadi penyanyi no.1 negara?
duduk diam-diam. bila nak ada yang tegur dan berborak?

antara pemikiran kolot ataupun tahayul si penulis tentang sesuatu yang tidak pasti. inaya realiti bukan fantasi. tapi ada yang kata, siapa dan apa mahupun kemana hala tuju penulis selepas semuanya tertunai? itu tidak pasti. mungkin segera si penulis akan bertemu dengan apa yang dihajati.

susah bukan? sialan.

hal demikian untuk persepsi si penulis tentang apa yang dia rasa. ada baik? ada buruk?
itu pembaca yang tafsirkan. karangan pendek si penulis tidak mudah difahami berdasarkan dengan 1 pembacaan sahaja. malah, 20 kali pembacaan pun belum tentu dapat ditafsirkan apakah isi yang ada pada ceritanya. oleh sebab itu, si penulis dilabel oleh masyarakat sebagai seorang yang gila dan taksub pada hasil kerjanya.

penulis tidak melenting. dia diam dan tersenyum. monolog dalam diri,

"hal yang sekecil ini direka oleh manusia tetapi manusia yang lain masih tidak dapat mentafsirkannya. ini rumit. jika hal akhirat?"

penulis menggelengkan kepala. ini manusia. ini hambanya. ini penduduk dunia. apakah cerita yang akan ada di sana kelak?

si penulis yang sedang menulis. cerita 'gila' yang akan muncul. ini semua gara-gara kita. rumit yang sangat rumit. tak mengapa kata penulis. ini hal dunia. abaikan. hal akhirat lagi penting. jangan diabaikan.

siapa si penulis?

No comments:

Post a Comment