Tuesday, August 31, 2010

pendek sahaja

hari ini hari malaysia. hari merdeka. jadinya, hari ini gua menonton cerita tentang merdeka. bukit kepong. gua kagum dengan semangat polis-polis bukit kepong. mereka berperang, berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. sekarang, tahun 2010 kita rakyat malaysia perlulah mengucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah berjuang untuk negara kita.

ok. cukup untuk merdeka.

bahang merdeka memang terasa tetapi perasaan sedih makin memuncak kerana jika dibilang hari ini sudah hampir tamat bulan ramadan untuk tahun ini. gua takut yang gua takkan jumpa lagi ramadan tahun akan datang.

"ya Allah, panjangkanlah umur ku dan saudara-saudara islam ku untuk bertemu ramadan akan datang. AMIN"

Monday, August 23, 2010

decorate

So you decided to see me out of the blue
Should I let you come over
I think you’re doing fine
That girl in your arms
Does she know where you come from

Almost made me move out of town
You don’t want me to be around
But I stayed anyway
Just in case

Finding reasons to hate you more than before
Like how you said you would call
But never at all
Got rid off your number that I know by heart

You left your things at my place
As if I have all the space
Cause you know I don’t mind
Just come back when you think it’s time

I’m all black and white inside
Monotonous from left to right
I decorate my house with things you love
Just in case you show up
In case you show up

Sunday, August 22, 2010

kuliyah subuh

renungan gua dan lu orang semua.

ada pun setiap manusia itu akan melakukan kesalahan dimana wujudnya penyesalan.
namun penyesalan itu harus didahulukan dengan taubat.
kita kena kenal diri kita. siapa kita. dari mana asal kita.
dan kita juga kena kenal hati kita. nafsu kita dan sebagainya.

kita ini beragama islam. islam itu panduan untuk umatnya.
untuk mengenal tuhannya yang bernama Allah SWT.
kita hendaklah jujur, yakin, ikhlas dan sabar.
kita kena ingat. kita manusia ini adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan olehnya.

ada manusia mengaku dirinya alim. berjubah. berserban. berjanggut tapi hatinya kotor.
cakap tak serupa bikin. sekadar alim disisi manusia tapi hina disisi Allah.
sebagaimana firmannya,
Allah tidak memandang rupa dan pakaian tetapi Allah memandang kepada hati.
hati yang bersih lagi suci.

sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambanya dengan melakukan segala apa yang disuruh.
dan menjauhkan diri dari apa yang dilarang.

habuk

gua bz.

isnin sampai jumaat gua ada kelas. ada kuiz. ada test. ada kerja sekolah nak kena buat. isnin sampai jumaat juga lah gua cari rezeki dengan mengedar sample-sample kerepek dan kek untuk klien-klien gua.

sabtu dan ahad gua tak duduk rehat. gua kerja dengan sepupu gua. servis aircond. wayering sana-sini. semuanya sebab gua nak cari duit sendiri.

gua rasa raya tahun ni gua dah boleh beli skyline R34 yang betul. bukan klon proton macam kete abah gua. tapi takpa, skyline klon tue banyak berjasa. raya tahun ni pun gua rasa mampu nak naikkan nilai mata wang duit raya anak-anak buah gua. gua naikkan 10% kalau anak-anak buah gua panggil gua hensem.


p/s: tapi kalau lu orang panggil gua hensem, gua kasi lu orang penampar.

Saturday, August 7, 2010

murah

hari ini bersiap-siap dengan penuh bergaya, segak, tampan dan berseri-seri. untuk berjumpa si bunga pujaan hati. baru berkenalan katanya. kiranya, ini ialah '1st dating' dalam bahasa omputih. ditunggunya dihadapan pusat membeli-belah yang popular dikalangan anak-anak muda hari ini. panas. tidak mengapa, untuk yang disayangi apa-apa pun sanggup.

selang 30 minit. masih juga tidak kelihatan. masih lagi sabar menunggu. selang 1 jam, kelibat manusia yang rasanya dikenali. terkedek-kedek datang dengan seribu senyuman.

''hai. mintak maaf lambat. tren lambat la."

senyum dan balas,

"takpe. takde masalah pon."

maka, berdua meneruskan aktiviti yang lazim bagi setiap pasangan yang baru berjumpa.

minggu 4. keluar bersama. kali ini sudah mula menyentuh antara satu sama lain. sudah berani agaknya. atau mungkin hati sudah berbunga. anak muda. semuanya dirasakan sudah halal agaknya.

minggu 8. dihantarnya kekasih itu pulang ke rumah. dihadapan rumah, terpandang tepat anak mata masing-masing.

"i love u. i sayang u."

dibalasnya,

"i love u too. so much"

ditengah-tengahnya, terduduk orang ketiga. membisikkan sesuatu di telinga mereka. bibir dirapatkan, bercium mereka antara satu sama lain. inilah cinta katanya.

minggu 12. ingin bercuti bersama untuk bermesra. berduaan tanpa sesiapa yang tahu. seronok bermesra sehingga ke malam hari. 1 katil dan 1 bilik. orang ketiga berbisik lagi di telinga mereka. orang yang ketiga bertepuk dan berjoget tanda gembira. mereka berasmara. wajib berasmara katanya. inilah cinta sejati agaknya.

minggu 18. bergaduh atas sebab yang remeh. bertumbuk sesama sendiri. seorang tunjuk kuat. seorang lagi tunjuk handal. menangis dan menjerit.

"kau salah!"

dibalasnya,

"kau salah!"

kata putus, berpisah untuk selamanya. tiada lagi perasaan cinta yang dulunya mekar bak bunga di cameron highlands. orang ketiga gelak besar. MURAH katanya. MURAH manusia. semuanya terlalu MURAH.

anak muda. ini skrip cinta untuk zaman sekarang. semuanya berlaku sekelip mata. tiada haram terus semuanya dijadikan halal. hilang dara, hilang teruna, hilang martabat diri dan keluarga.

anak muda.

Monday, August 2, 2010

ibarat pria agung rejimen ke-7

ogos datang dengan cerita yang menakjubkan. 1 ogos 2010 adalah tarikh yang akan diingat sampai bila-bila. hendak diceritakan tetapi panjang pula. cuma ianya berkaitan dengan pepatah,

"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua."

cukup ringkas dan mudah difahami jika pepatah itu didalami maksudnya. 3 kali berlari tapi takkan selamat untuk selamanya. sudah, tutup cerita yang ini.

gua sudah hampir kehilangan deria seni. minda gua penuh dengan alunan yang baru tetapi gua rasa tiada tempat untuk diluahkan. gua hampir meletakkan diri dan darah yang bergelumang dengan seni ini terbiar dan pupus. tetapi, tekad gua nak sumbangkan sesuatu yang gua ciptakan untuk didengar dan dirasa oleh orang lain. bukan kerana nama ataupun harta cuma ingin dikongsi sama.

kesimpulannya, jom jamming dan ber'akustik'. WAJIB