hari ini hari malaysia. hari merdeka. jadinya, hari ini gua menonton cerita tentang merdeka. bukit kepong. gua kagum dengan semangat polis-polis bukit kepong. mereka berperang, berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. sekarang, tahun 2010 kita rakyat malaysia perlulah mengucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah berjuang untuk negara kita.
ok. cukup untuk merdeka.
bahang merdeka memang terasa tetapi perasaan sedih makin memuncak kerana jika dibilang hari ini sudah hampir tamat bulan ramadan untuk tahun ini. gua takut yang gua takkan jumpa lagi ramadan tahun akan datang.
"ya Allah, panjangkanlah umur ku dan saudara-saudara islam ku untuk bertemu ramadan akan datang. AMIN"
No comments:
Post a Comment