Saturday, August 7, 2010

murah

hari ini bersiap-siap dengan penuh bergaya, segak, tampan dan berseri-seri. untuk berjumpa si bunga pujaan hati. baru berkenalan katanya. kiranya, ini ialah '1st dating' dalam bahasa omputih. ditunggunya dihadapan pusat membeli-belah yang popular dikalangan anak-anak muda hari ini. panas. tidak mengapa, untuk yang disayangi apa-apa pun sanggup.

selang 30 minit. masih juga tidak kelihatan. masih lagi sabar menunggu. selang 1 jam, kelibat manusia yang rasanya dikenali. terkedek-kedek datang dengan seribu senyuman.

''hai. mintak maaf lambat. tren lambat la."

senyum dan balas,

"takpe. takde masalah pon."

maka, berdua meneruskan aktiviti yang lazim bagi setiap pasangan yang baru berjumpa.

minggu 4. keluar bersama. kali ini sudah mula menyentuh antara satu sama lain. sudah berani agaknya. atau mungkin hati sudah berbunga. anak muda. semuanya dirasakan sudah halal agaknya.

minggu 8. dihantarnya kekasih itu pulang ke rumah. dihadapan rumah, terpandang tepat anak mata masing-masing.

"i love u. i sayang u."

dibalasnya,

"i love u too. so much"

ditengah-tengahnya, terduduk orang ketiga. membisikkan sesuatu di telinga mereka. bibir dirapatkan, bercium mereka antara satu sama lain. inilah cinta katanya.

minggu 12. ingin bercuti bersama untuk bermesra. berduaan tanpa sesiapa yang tahu. seronok bermesra sehingga ke malam hari. 1 katil dan 1 bilik. orang ketiga berbisik lagi di telinga mereka. orang yang ketiga bertepuk dan berjoget tanda gembira. mereka berasmara. wajib berasmara katanya. inilah cinta sejati agaknya.

minggu 18. bergaduh atas sebab yang remeh. bertumbuk sesama sendiri. seorang tunjuk kuat. seorang lagi tunjuk handal. menangis dan menjerit.

"kau salah!"

dibalasnya,

"kau salah!"

kata putus, berpisah untuk selamanya. tiada lagi perasaan cinta yang dulunya mekar bak bunga di cameron highlands. orang ketiga gelak besar. MURAH katanya. MURAH manusia. semuanya terlalu MURAH.

anak muda. ini skrip cinta untuk zaman sekarang. semuanya berlaku sekelip mata. tiada haram terus semuanya dijadikan halal. hilang dara, hilang teruna, hilang martabat diri dan keluarga.

anak muda.

1 comment: