Monday, August 2, 2010

ibarat pria agung rejimen ke-7

ogos datang dengan cerita yang menakjubkan. 1 ogos 2010 adalah tarikh yang akan diingat sampai bila-bila. hendak diceritakan tetapi panjang pula. cuma ianya berkaitan dengan pepatah,

"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua."

cukup ringkas dan mudah difahami jika pepatah itu didalami maksudnya. 3 kali berlari tapi takkan selamat untuk selamanya. sudah, tutup cerita yang ini.

gua sudah hampir kehilangan deria seni. minda gua penuh dengan alunan yang baru tetapi gua rasa tiada tempat untuk diluahkan. gua hampir meletakkan diri dan darah yang bergelumang dengan seni ini terbiar dan pupus. tetapi, tekad gua nak sumbangkan sesuatu yang gua ciptakan untuk didengar dan dirasa oleh orang lain. bukan kerana nama ataupun harta cuma ingin dikongsi sama.

kesimpulannya, jom jamming dan ber'akustik'. WAJIB

No comments:

Post a Comment