Friday, November 12, 2010

ubah

mana hilang kepercayaan bila gagalnya satu perbuatan?
mana hilang bantuan bila zaman silamnya kurang menyenangkan?
mana hilang tutur kata sopan bila wujud cacat celanya?

pening. sesetengah tidak akan setuju bila mana perubahan datang terselit di hati mereka. jika untuk keburukan tidak mengapa tapi ini untuk kebaikan. apa yang mereka fikirkan? pemikiran jahil! setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. ungkapan yang popular bukan? cuba sedar, ungkapan itu benar. jangan pertikaikannya sebab apa yang terjadi bukan tidak boleh diubati.

ceritanya, seorang insan ingin berubah menjadi lebih baik. mahukan bimbingan, mahukan perhatian, mahukan ilmu yang berguna. itu luahan dia. seorang manusia biasa yang dahulunya tersepit di dunia gelap. diselak-selak masih gelap gelita. cuma, satu hari yang penuh bermakna. di datangkan kepadanya satu cahaya yang pada mulanya hanya sedikit. hari ke hari, cahaya itu makin terang. cahaya yang dipanggil hidayah.

namun, segelintir tidak mengerti. terus mencaci, memaki, mengutuk malah ada yang mendakwa dengan pelbagai cerita busuk dan menjijikkan. siapa mereka? suka hati menjatuhkan dakwaan palsu. menjatuhkan hukum sendiri. jangan menganggap diri itu suci. lihat dulu diri sendiri sebelum melabelkan orang lain.

kan bagus kalau orang ingin berubah. free hair ke tudung. skirt ke kain labuh. baju ketat ke jubah. seluar pendek ke seluar panjang. rambut pelangi ke warna asal. tidak solat ke solat. menipu ke amanah. mengumpat ke pemalu. bagus bukan?

tapi, jangan luaran sahaja. dalaman mesti berubah. sebab, itu bakal perisai diri sendiri. kalau datang setan suruh buat benda jahat, mudah saja nak sepak setan jauh-jauh.

manusia biasa. memang tak lari dari melakukan kesilapan. itu benda benar.

salam.

Sunday, October 24, 2010

budak kelantan

dengan nama Allah yang maha genius. cipto manusio jadi makhluk genius.
maha besar. dio, cipto manusio supayo ubah sejaroh. cipto sejaroh.
tapi buak po manusio jadi bodoh, jadi jahak, jadi perosak dunio?

ado bendo. ado sebab.

likunge.
likunge hok mengajo dio.
hok jadi tak sempurno.
hok jadi tak seimbe.


Saturday, October 23, 2010

ini diri ikin.

Her eyes, her eyes
Make the stars look like they’re not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She’s so beautiful
And I tell her every day

I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don’t see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say,

When I see your face
There’s not a thing that I would change
Cause you’re amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you’re amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she’d let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She’s so beautiful
And I tell her every day

You know, you know, you know
I'd never ask you to change
If perfect is what you’re searching for
Then just stay the same

So don’t even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There’s not a thing that I would change
Cause you’re amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you’re amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you’re amazing
Just the way you are

When I see your face
There’s not a thing that I would change
Cause you’re amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you’re amazing
Just the way you are

Friday, October 22, 2010

kosong

lompat-lompat. bila nak gapai bintang?
lari laju-laju. bila nak kalahkan usain bolt?
nyanyi sedap-sedap. bila nak jadi penyanyi no.1 negara?
duduk diam-diam. bila nak ada yang tegur dan berborak?

antara pemikiran kolot ataupun tahayul si penulis tentang sesuatu yang tidak pasti. inaya realiti bukan fantasi. tapi ada yang kata, siapa dan apa mahupun kemana hala tuju penulis selepas semuanya tertunai? itu tidak pasti. mungkin segera si penulis akan bertemu dengan apa yang dihajati.

susah bukan? sialan.

hal demikian untuk persepsi si penulis tentang apa yang dia rasa. ada baik? ada buruk?
itu pembaca yang tafsirkan. karangan pendek si penulis tidak mudah difahami berdasarkan dengan 1 pembacaan sahaja. malah, 20 kali pembacaan pun belum tentu dapat ditafsirkan apakah isi yang ada pada ceritanya. oleh sebab itu, si penulis dilabel oleh masyarakat sebagai seorang yang gila dan taksub pada hasil kerjanya.

penulis tidak melenting. dia diam dan tersenyum. monolog dalam diri,

"hal yang sekecil ini direka oleh manusia tetapi manusia yang lain masih tidak dapat mentafsirkannya. ini rumit. jika hal akhirat?"

penulis menggelengkan kepala. ini manusia. ini hambanya. ini penduduk dunia. apakah cerita yang akan ada di sana kelak?

si penulis yang sedang menulis. cerita 'gila' yang akan muncul. ini semua gara-gara kita. rumit yang sangat rumit. tak mengapa kata penulis. ini hal dunia. abaikan. hal akhirat lagi penting. jangan diabaikan.

siapa si penulis?

Monday, October 11, 2010

phonebook name : .cinta.

ceritanya begini. skrip tidak serupa. ucapannya berbeza. bila diingat semula, permulaannya menggelikan hati. ada yang kata gila!

ah, tak kisah!

sekarang, berjalan dengan sempurna. dia dan segalanya. letakkanya di dalam diri. berbunga-bunga. tak mahu kelopaknya berguguran lagi. mahu ianya kekal selama-lamanya. ini kan doa.

tatkala jauh tidak bersama. umpama hilang satu permata. di tunggunya tidak terlupa. sabar, nanti ketemu. ah, bukan jauh. sama negara cuma berlainan negeri.

yang ada, bunga. jadilah supaya tidak terlupa. dugaan tuhan, semuanya kene tempuh. sikit je, sampai satu masa kita berdua.

untuk raksasa.

Monday, September 20, 2010

further ahead of warp

painted all and spit out
stare at the air in the sound of rain
a song and sleep to unknown you
reach out and doubt my lips

a crooked oath i write with my bare hand
i turn my eyes away and write solitude
hold hands with a shapeless shadow
and it always sways us to crush

the end of the day pops with the constant
wind and points its finger.

Thursday, September 9, 2010

kalian, selamat hari raya ya!

bocah cilik mangan sego,
sego di pangan nang isor ondo,
wes suwi orak ngomong jowo,
dino royo jaluk ngapuro.

godok tupat nang isor ondo,
godong kelopo digawe tupat,
salah silap jaluk ngapuro,
ketemu meneh nang tahun ngarep.


"SELAMAT DINO ROYO. LUPUT KU DINGAPURO SENG AKEH-AKEH YO"

ikhlas dari mohammad hannis @ waksam.

Tuesday, August 31, 2010

pendek sahaja

hari ini hari malaysia. hari merdeka. jadinya, hari ini gua menonton cerita tentang merdeka. bukit kepong. gua kagum dengan semangat polis-polis bukit kepong. mereka berperang, berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. sekarang, tahun 2010 kita rakyat malaysia perlulah mengucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah berjuang untuk negara kita.

ok. cukup untuk merdeka.

bahang merdeka memang terasa tetapi perasaan sedih makin memuncak kerana jika dibilang hari ini sudah hampir tamat bulan ramadan untuk tahun ini. gua takut yang gua takkan jumpa lagi ramadan tahun akan datang.

"ya Allah, panjangkanlah umur ku dan saudara-saudara islam ku untuk bertemu ramadan akan datang. AMIN"

Monday, August 23, 2010

decorate

So you decided to see me out of the blue
Should I let you come over
I think you’re doing fine
That girl in your arms
Does she know where you come from

Almost made me move out of town
You don’t want me to be around
But I stayed anyway
Just in case

Finding reasons to hate you more than before
Like how you said you would call
But never at all
Got rid off your number that I know by heart

You left your things at my place
As if I have all the space
Cause you know I don’t mind
Just come back when you think it’s time

I’m all black and white inside
Monotonous from left to right
I decorate my house with things you love
Just in case you show up
In case you show up

Sunday, August 22, 2010

kuliyah subuh

renungan gua dan lu orang semua.

ada pun setiap manusia itu akan melakukan kesalahan dimana wujudnya penyesalan.
namun penyesalan itu harus didahulukan dengan taubat.
kita kena kenal diri kita. siapa kita. dari mana asal kita.
dan kita juga kena kenal hati kita. nafsu kita dan sebagainya.

kita ini beragama islam. islam itu panduan untuk umatnya.
untuk mengenal tuhannya yang bernama Allah SWT.
kita hendaklah jujur, yakin, ikhlas dan sabar.
kita kena ingat. kita manusia ini adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan olehnya.

ada manusia mengaku dirinya alim. berjubah. berserban. berjanggut tapi hatinya kotor.
cakap tak serupa bikin. sekadar alim disisi manusia tapi hina disisi Allah.
sebagaimana firmannya,
Allah tidak memandang rupa dan pakaian tetapi Allah memandang kepada hati.
hati yang bersih lagi suci.

sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambanya dengan melakukan segala apa yang disuruh.
dan menjauhkan diri dari apa yang dilarang.

habuk

gua bz.

isnin sampai jumaat gua ada kelas. ada kuiz. ada test. ada kerja sekolah nak kena buat. isnin sampai jumaat juga lah gua cari rezeki dengan mengedar sample-sample kerepek dan kek untuk klien-klien gua.

sabtu dan ahad gua tak duduk rehat. gua kerja dengan sepupu gua. servis aircond. wayering sana-sini. semuanya sebab gua nak cari duit sendiri.

gua rasa raya tahun ni gua dah boleh beli skyline R34 yang betul. bukan klon proton macam kete abah gua. tapi takpa, skyline klon tue banyak berjasa. raya tahun ni pun gua rasa mampu nak naikkan nilai mata wang duit raya anak-anak buah gua. gua naikkan 10% kalau anak-anak buah gua panggil gua hensem.


p/s: tapi kalau lu orang panggil gua hensem, gua kasi lu orang penampar.

Saturday, August 7, 2010

murah

hari ini bersiap-siap dengan penuh bergaya, segak, tampan dan berseri-seri. untuk berjumpa si bunga pujaan hati. baru berkenalan katanya. kiranya, ini ialah '1st dating' dalam bahasa omputih. ditunggunya dihadapan pusat membeli-belah yang popular dikalangan anak-anak muda hari ini. panas. tidak mengapa, untuk yang disayangi apa-apa pun sanggup.

selang 30 minit. masih juga tidak kelihatan. masih lagi sabar menunggu. selang 1 jam, kelibat manusia yang rasanya dikenali. terkedek-kedek datang dengan seribu senyuman.

''hai. mintak maaf lambat. tren lambat la."

senyum dan balas,

"takpe. takde masalah pon."

maka, berdua meneruskan aktiviti yang lazim bagi setiap pasangan yang baru berjumpa.

minggu 4. keluar bersama. kali ini sudah mula menyentuh antara satu sama lain. sudah berani agaknya. atau mungkin hati sudah berbunga. anak muda. semuanya dirasakan sudah halal agaknya.

minggu 8. dihantarnya kekasih itu pulang ke rumah. dihadapan rumah, terpandang tepat anak mata masing-masing.

"i love u. i sayang u."

dibalasnya,

"i love u too. so much"

ditengah-tengahnya, terduduk orang ketiga. membisikkan sesuatu di telinga mereka. bibir dirapatkan, bercium mereka antara satu sama lain. inilah cinta katanya.

minggu 12. ingin bercuti bersama untuk bermesra. berduaan tanpa sesiapa yang tahu. seronok bermesra sehingga ke malam hari. 1 katil dan 1 bilik. orang ketiga berbisik lagi di telinga mereka. orang yang ketiga bertepuk dan berjoget tanda gembira. mereka berasmara. wajib berasmara katanya. inilah cinta sejati agaknya.

minggu 18. bergaduh atas sebab yang remeh. bertumbuk sesama sendiri. seorang tunjuk kuat. seorang lagi tunjuk handal. menangis dan menjerit.

"kau salah!"

dibalasnya,

"kau salah!"

kata putus, berpisah untuk selamanya. tiada lagi perasaan cinta yang dulunya mekar bak bunga di cameron highlands. orang ketiga gelak besar. MURAH katanya. MURAH manusia. semuanya terlalu MURAH.

anak muda. ini skrip cinta untuk zaman sekarang. semuanya berlaku sekelip mata. tiada haram terus semuanya dijadikan halal. hilang dara, hilang teruna, hilang martabat diri dan keluarga.

anak muda.

Monday, August 2, 2010

ibarat pria agung rejimen ke-7

ogos datang dengan cerita yang menakjubkan. 1 ogos 2010 adalah tarikh yang akan diingat sampai bila-bila. hendak diceritakan tetapi panjang pula. cuma ianya berkaitan dengan pepatah,

"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua."

cukup ringkas dan mudah difahami jika pepatah itu didalami maksudnya. 3 kali berlari tapi takkan selamat untuk selamanya. sudah, tutup cerita yang ini.

gua sudah hampir kehilangan deria seni. minda gua penuh dengan alunan yang baru tetapi gua rasa tiada tempat untuk diluahkan. gua hampir meletakkan diri dan darah yang bergelumang dengan seni ini terbiar dan pupus. tetapi, tekad gua nak sumbangkan sesuatu yang gua ciptakan untuk didengar dan dirasa oleh orang lain. bukan kerana nama ataupun harta cuma ingin dikongsi sama.

kesimpulannya, jom jamming dan ber'akustik'. WAJIB

Friday, July 30, 2010

today

gua ada hobi baru. memancing merupakan hobi baru gua bila gua ada kat port dickson. setiap malam membawa ke awal pagi, gua mesti ada sekitar gigi pantai dan kuala. gua dah boleh meletakkan diri gua setanding nelayan kelas beginner dan hampir terus ke profesional. oh tahi! gua bukan nak cerita pasal hobi baru gua tapi mungkin ianya ada kaitan dengan apa yang gua nak cerita hari ini.

gua pulang dari gigi pantai pada pukul 4.00 pagi. gua tak kisah balik awal-awal pagi nie sebab kelas gua hari jumaat pukul 11.30 pagi. so, gua rasa sempat la gua tido 2-3 jam. siap mandi dan memberus gigi, gua terus masuk bilik. buka radio dan terus tumbang kat tilam. tup-tup gua lentok dan terus lena. pukul 10 pagi member gua iaitu jamal abdilah kejut gua bangun. dalam mamai-mamai dengan melekat air suci kat muka gua, gua macam malas je nak bangun. so gua pun ambil keputusan nak lelap dalam setengah jam.

tiba-tiba gua bangun tengok jam je dah pukul 11.45 pagi. aiyak! gua dah lewat nak pegi kelas nie. gua hantar mesej kat member gua mintak tolong sain nama gua. dengan perasaan serba salah gua tunggu la balasan mesej dari member gua. then, member gua balas.

"kelas batal. sekian terima kasih."

gua yang masih mamai terus tarik selimut untuk sementara waktu sebelum solat jumaat. lepas solat, gua pun pack la barang nak balik rumah family gua yang tercinta. member gua yang namanya aleng pun bertanya kat gua.

"kau jangan lupa hantar report kat ofis. kat ada yang memekak nanti."

gua jawab dengan selambe.

"yela aku tau. benda kecik je."

member gua angguk-angguk kepala dan sambung tengok cerita drama tv3. lepas sumbat barang kat kereta skyline R34 bapak gua tue, gua gerak balik klang. sampai kat klia, gua toleh seat belakang sebab nak amik rayban gua. mana la tau dapat ushar pramugari balik kerja dekat traffic light sebelah litar sepang tue.

tiba-tiba lak gua nampak report lab gua. gua lupa nak hantar!! aisemen, mampus gua kena maki dengan member gua nanti. gua terus mesej lecturer gua minta permission hantar report hari isnin. dengan bangganya lecturer gua balas,

"ofis tutup hari ni. lect semua ada meeting. report hantar hari isnin."

gua senyum-senyum kambing dan sambung nyanyi lagu faizal tahir. yeah!

Monday, July 19, 2010

dadah untuk kalkulus.

lagu untuk minggu ini:

1. Chapter 1: Introverting Dimensions - The Fall of Troy
2. Chapter 2: A Strange Conversation -The Fall of Troy
3. Chapter 3: Nostalgic Mannerisms - The Fall of Troy
4. Chapter 4: Enter the Black Demon - The Fall of Troy
5. Chapter 5: The Walls Bled Lust -The Fall of Troy
6. Scene - Envy
7. A Warm Room - Envy
8. Night In Winter - Envy
9. New Sentimentality - Toe
10. Put Your Dream To Sleep - Deepset

ini semuanya kerana kalkulus yang amat sial. ubatnya adalah ini. jahat dan tahi.
sekian.

Saturday, July 17, 2010

sarapan pagi

burung. mulutnya bersiul. kadang-kadang melodinya sedap di dengar, kadang-kadang melodinya benci untuk di dengar. mulutnya masih lagi bersiul. tiba-tiba siulannya terhenti tatkala melihat rezekinya lalu dihadapan mata. dia datang kearah rezekinya. ditenung dengan tajam. sarapan pagi hari ini cacing rupanya.

cacing cuba untuk melarikan diri. badannya dihenjut sekuat hati. perasaannya cemas. hatinya khuatir. badannya menggigil. cacing tahu bahawa dia bakal menjadi sarapan burung. sempatkah dia menyelamatkan diri?

burung datang dekat. makin dekat. senyum melihat gelagat rezekinya. burung berkata, "jangan lari. kau memang takkan mampu menyelamatkan diri. jangan lari wahai rezeki."

cacing menjerit, "selagi aku terdaya, aku akan terus melawan. aku taknak mati sia-sia. pergi kau si burung celaka!"

burung tergelak. sayap kanannya sudah memegang garfu manakala sayap kirinya sudah memegang pisau. di lehernya sudah terikat kain lap mulut. burung memandang rezekinya penuh nikmat. lalu berkata, "wahai rezeki, terima kasih kerana menjadi sarapan pagi aku. aku doakan kau di syurga ya!"

cacing tidak menghiraukan kata-kata burung. tetapi dalam hatinya, dia sudah tahu ajalnya sudah tiba. dia berhenti berlari. dia tawakal dengan apa yang akan jadi.

akhirnya, sarapan pagi itu habis dimakan oleh burung. burung menyimpan garfu dan pisau tadi ke dalam poket bajunya. dia terbang lagi sambil bersiul-siul riang. apa pula yang nak dimakan untuk lunch nanti ye, bisik hati burung.

tamat.

Wednesday, July 7, 2010

sorotan

sebatang rokok sudah dihisapnya. dia tenung ke dinding tepat depan matanya. fikirannya melayang mencari ilham. ya, ilham. ilham yang belum lagi tiba. ilham yang bakal mengubah kehidupannya menjadi lebih senang. tapi bagi si dia, pendiriannya sangat berbeza. dia tidak mahukan kekayaan. dia tidak mahukan kemewahan. cukup sekadar selesa dan mampu untuk makan dan minum.

dia ambil lagi sebatang rokok. dihisapnya dengan penuh khusyuk. dia menutup matanya. dia menunggu lagi. dan lagi. dan lagi.

ilham masih belum tiba.


p/s: ape yang gua taip nie??

Friday, July 2, 2010

riwayat musafir

lelaki itu duduk setelah penat berjalan. dia memandang kiri dan kanan dan tertanya-tanya dimanakah dia berada. lelaki itu membuka bungkusan plastik yang dibawa keluar dari masjid tadi. "Alhamdulillah. rezeki hari ini cukup memadai". kata lelaki tadi. di dalam bungkusan plastik tadi hanyalah nasi lemak sebesar tapak tangan.

dijamahnya nasi tadi dengan perlahan dan penuh nikmat. dalam hatinya berdoa semoga empunya yang memberikan nasi lemak kepadanya tadi mendapat balasan yang baik dari tuhan. dia melepaskan lelahnya dengan bersandar di sebatang pokok yang rendang. dia memejamkan mata. menenangkan fikirannya. nafasnya perlahan. dadanya bergerak keatas dan kebawah mengikut turutan.nafasnya terhenti.

dia tertidur untuk selamanya.

tamat.

Wednesday, June 23, 2010

match 4

4th match: fc pop soda melangkah ke pusingan suku akhir setelah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 2-1. tahniah buat para pemain fc pop soda kerana bermain dengan begitu semangat dan tidak hilang fokus walaupun pasukan lawan menggunakan taktik mengutuk dan mengejek pasukan fc pop soda. akhirnya, fc pop soda berjaya juga memperolehi kemenangan yang berharga. terima kasih sekali lagi.

fokus para pemain sekarang untuk melepasi halangan suku akhir. kami bakal bertemu pasukan fc kucar-kacir yang dikenali juga dengan pasukan yang suka menggunakan taktik mengejek juga. para pemain fc pop soda diminta mengawal emosi dan mental supaya dapat fokus dengan lebih baik untuk perlawanan nanti.

go go fc pop soda!!!

senarai penjaring perlawanan tadi:

1. taqi - 1 gol.
2 waksam - 1 gol.

Monday, June 21, 2010

match 3

3rd match: fc pop soda menang keatas psukan lawan dengan jaringan 5-0. tahniah pasukan fc pop soda. teruskan lagi usaha dan tenaga dalam memburu kejuaraan sulung pasukan.

go go fc pop soda!!!!

senarai nama penjaring malam tadi:

1. kamal - 1 gol
2. pomo - 1 gol
3. taqi - 1 gol
4. waksam - 1 gol
5. jali - 1 gol

Wednesday, June 16, 2010

kalian.

If I die tonight
You know it'll be alright
Just smile for me
Reminisce the fond memories

Well if I die tonight
I wonder
Where I'll be tomorrow
Nobody cry please
Push away the sorrow
'Cause I ain't been
The best of men
The best of friends
The best of mom
And daddy's last son
The best of anything

If I die tonight
Would I be forgiven
By all the people I been slackin' with
When I was livin'?
Those who I hurt their hearts
Took advantage of
And even lied to
Hug you one last time
For forgiveness
Yeah I would like to

If I die tonight
Would you feel the loss?
Tomorrow would you dial
My number by accident
Then suddenly... pause?

If I die tonight
I wonder who would get
To keep my caps and shoes Jerseys,
even my little Stuffed crocodile Coco too
Get my cell phone
Message everyone from A to Z
Tell 'em this ain't Mohammad Hannis
He passed away last night
And pray he rest in peace

If I die tonight
Would you think of my room
When you see blue
Wanted to clean it up this morning
But then I never knew

If I die tonight What would happen to my sayang?
How long would it take
Before she kissed another man?
... God damn...
At fast food joints
Would she still order
The same combo meal for two?
Things I wish I knew...

By: Mohammad Hannis Samsuri.

match 2

2nd match: fc pop soda tewas dengan jaringan 3-1 malam tadi. diharap para pemain fc pop soda tidak lemah semangat. teruskan perjuangan kita bersama. masih ada lagi 2 game untuk kita beraksi. teruskan rentak cemerlang kita. jangan rasa diri kita lemah. kita mesti menang lepas nie.

berjuang dan terus berjuang dengan penuh semangat!!
go go fc pop soda!!!

disini gua lampirkan sekali nama-nama pemain fc pop soda yang telah berjaya menjaringkan gol setakat ini:

1. taqi - 2 gol
2. azad - 2 gol
3. pomo - 1 gol
4. waksam - 1 gol

Tuesday, June 15, 2010

isteriku

jika gua ditakdirkan oleh Allah SWT mendapat seorang isteri, gua ada lagu untuk isteri gua nanti. gua takda calon lagi dan rasa-rasanya memang takda sampai gua tua. tapi Allah SWT maha mengetahui, semua DIA yang beri maka kita sebagai hambanya bersiap-sedia la.

so, gua akan beri lirik lagu tersebut untuk bakal isteri gua. bila gua dah tau siapa isteri gua, baru gua beri lagunya pula. hayatilah liriknya ya!

Telah lama ku nantikan
Saat semua ku impikan
Kau jadi ratuku
Wahai bidadari ku
Langkah lah duniaku..

Bawalah aku ke alam mimpimu
Mencintai mu takkan pernah menjenuh akan ku
Tulusnya hatiku dalam mencintai mu
Semuanya untukmu...

Peluklah aku jika terkenang
Semua kau idamkan
Semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksudku untuk melukaimu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang padamu
Kau tercipta untuk temani diriku...

Bersyukur kita pada Yang Esa (terciptanya cinta)
Ku mendoakan kebahgiaan selalu

Peluk lah aku jika terkenang
Semua kau idamkan semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksud ku untuk melukai mu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang pada mu

Kau tercipta untuk diriku

p/s: istimewa untuk isteri gua nanti.

Monday, June 14, 2010

match 1

1st match: fc pop soda menang dengan jaringan 5-0. tahniah! teruskan memburu gelaran juara street soccer world cup challenge. bersiap sedia untuk perlawanan kedua rabu ini ya!

utk sesiapa yang ingin menyokong pasukan gua, sila datang beramai-ramai ke setia alam avenue pada rabu ini jam 7.30 malam. sokonglah para pemain fc pop soda yang terdiri dari:

1. kamal
2. taqi
3. azad
4. pomo
5. eral
6. waksam (gua la!!)
7. ejol

marilah!!! kami akan berjuang habis-habisan untuk merebut piala dunia 2010!!

Friday, June 11, 2010

4 tahun menunggu, akhirnya!

utk world cup 2010. gua masih lagi pilih brazil sebagai pasukan pilihan. brazil pasti juara!
go go brazil! masa untuk bersamba!

maaflah kalau dalam tempoh world cup nie gua tak layan mesej-mesej yang lalu lalang atau singgah kat handphone gua. paham-pahamlah, semangat world cup kan!

p/s: jangan berjudi walaupun kerajaan dah beri lesen untuk berjudi. bodoh betul. tak takut hukum Allah ke?

gua chow!

Monday, June 7, 2010

santa claus bulan jun.

1. telefon bimbit. (rm 500)
2. kasut onizuka tiger. (rm 220)
3. kasut futsal adidas sala. (rm 2++)
4. jersey world cup brazil. (rm 45)

okay, lagi sikit nak cukup duit. boleh tolong tambahkan duit gua?

Tuesday, June 1, 2010

gua di masa depan nanti.

"nak pegi mana pagi-pagi nie? tak keje arini?", tanya pakcik yang jual surat khabar depan masjid lama meru.
"gua nak pegi bank. tanya pasal ASB. lu tau ke pakcik pasal ASB nie?", jawab gua selambe.
"lu dah tua baru nak bukak ASB ke de? slow la lu nie!", perli pakcik tue.
"diamlah!", jawab gua.

berbekalkan superbike yang gua pinjam dari rossi, gua gerak pegi ASB. tengok dari luar macam takda orang je. buka je pintu kaca, astaga! memang tak ramai pun. tanpa segan silu gua tanya awek yang duduk kat kaunter pertanyaan tue.

"gua nak buka ASB, macamane nak buka ha?", tanya gua.
"lu jumpa itu bro. dia handle pasal new akaun.", jawab awek tue.

so gua pun pegi la jumpa mamat seorang nie. hebat orangnya. gua tanya pasal ASB semua dia tau. memanglah, dah keje dia camtue plak. lain la kalau gua tanya saiz kaki ramlah ram. confirm dia tak tau. settle je semua hal yang nak gua tau, gua pon chow. gua dapat merumuskan yang ASB itu bagus. patutlah asal gua cerita nak bukak ASB, ade je yang kata gua nak kahwin. TAHI LAH KAHWIN!

ASB sebenarnya salah 1 cara cemane orang nk simpan duit buat kahwin, bayar deposit kete, duit simpan hari tua dan lain-lain. memanglah berbaloi kalau bukak ASB nie. bila orang tanya pasal duit, senyum je la. senang, duit kat dalam akaun berkepul-kepul tunggu masa nak kena cucuk je.

gua teringat la 1 cerita kat Wanita Hari Ini. pasal kubu kewangan. bermula dari gaji kita sendiri terus ke ASB. mari gua story sikit YE! kubu kewangan bermula dari gaji kita dipecahkan menjadi dua. kertas dan hartanah.

kertas? hartanah?

kertas bermaksud benda yang kita tak nampak. contohnya, ASB lah! kita laburkan sedikit gaji kita untuk ASB. untuk kegunaan bila terdesak ataupun untuk jangka masa panjang. makin lama, pelaburan kita kat ASB makin banyak. sememangnya memang menguntungkan. tapi, kena fahamlah sedtiap pelaburan ada risiko tersendiri. ada turun naiknya. tapi buat masa sekarang, ASB still maintain okay dengan sistem pelaburannya. tak percaya? cuba try tanya sape2 yang dah ada ASB. gua belum lagi. hahaha!!

hartanah bermaksud benda yang kita nampak. contohnya, beli kedai untuk disewakan. paham? macamnie, kita beli sebuah kedai dan kita sewakan kat orang. so, setiap bulan kita akan dapat income dari sewa kedai tersebut. ataupun, kita beli rumah dan kita sewakan kat orang. sama juga, dapat income tiap2 bulan. mane nak dapat duit untuk beli semua nie? well, itu gunanya kita menyimpan kat ASB or yang sewaktu dengannya. kita ambil sedikit dari pelaburan ASB tue, then kita guna duit tue untuk beli kedai or rumah untuk disewakan. duit tue akan di'rolling'kan sampailah berganda-ganda. tak percaya? ada yang dah buat dan mereka hebat! risiko? mesti ada. contohnya, para penyewa lambat bayar sewa dan lain-lain. tapi tetap akan bayar kan? sabar.

so apa tunggu lagi? rancanglah kubu kewangan lu orang semua. jangan lewat2 sangat. kang dah susah baru nak buat. lambat bhai! gua? gua still lagi belum buat. insya'allah, minggu depan gua start buka ASB sebab gua ada rancangan untuk masa depan gua. hidup kena ada wawasan beb. lu nak awek? takkan lu nak bawak awek keluar pakai kete ayah lu. confirm awek tue lari punye. tak percaya? try la buat. kalau salah cakap gua, bermakna awek lu orang betul la sayang lu. susah sama-sama, senang sama-sama. betulkan?

okaylah, gua dah panjang membebel. gua nak tedo. esok keje dan keje. cari duit untuk masa depan. yeah!

chow!

penunjuk:
ASB bermaksud Amanah Saham Bumiputra.

*ingat ASB ingat dia. aiyak!

Sunday, May 30, 2010

ini lagu manyak best!

Made a meal and threw it up on sunday,
I’ve, got a lot of things to learn,
Said I would and I'll be leaving one day
Before my heart starts to burn.

So what’s the matter with you,
Sing me something new,
Don’t you know the cold and wind and rain don’t know,
They only seem to come and go, away.

Times are hard when things have got no meaning,
I’ve found a key upon the floor,
Maybe you and I will not believe in,
The things we find behind the door.

So what’s the matter with you,
Sing me something new,
Don’t you know the cold and wind and rain don’t know,
They only seem to come and go away.

Stand by me,
Nobody knows the way it’s gonna be,
Stand by me,
Nobody knows the way it’s gonna be,
Stand by me,
Nobody knows the way it’s gonna be,
Stand by me,
Nobody knows,
Yeah nobody knows,
The way it’s gonna be.

If your leaving will you take me with you,
I’m tired of talking on my phone,
There is one thing I can never give you,
My heart will never be your home,

So what’s the matter with you,
Sing me something new,
Don’t you know the cold and wind and rain don’t know,
They only seem to come and go, away.

Stand by me,
Nobody knows the way it’s gonna be,
Stand by me,
Nobody knows the way it’s gonna be,
Stand by me,
Nobody knows the way it’s gonna be,
Stand by me,
Nobody knows,
yeah nobody knows,
The way it’s gonna be.
The way it’s gonna be, yeah.
Maybe I can see, yeah,

But don’t you know the cold and wind and rain don’t know
They only seem to come and go, away.

Stand by me,
Nobody knows the way it’s gonna be,
Stand by me,
Nobody knows the way it’s gonna be,
Stand by me,
Nobody knows the way it’s gonna be,
Stand by me,
Nobody knows,
Yeah God only knows,
The way it’s gonna be.

OASIS-STAND BY ME

Saturday, May 29, 2010

fatal.

Larutku, berjisim pada deru bisikmu
Bertekup di kelubungan
Dakaplah kegelisahan jiwa nan dulu
Adalah kegilaanku mencumbuimu

Leraiku, berdikit pada zarah nan buntu
Berpalit di pasunganmu
Hambarlah segala rasa jiwa nan dulu
Adalah keterasingan pada kucupmu

Benarkan ku bersentuh kudusmu,Benarkan
Telahpun ku lupus dalam abadimu
Dan segala ada berulang liuk di kelopakmu

Thursday, May 27, 2010

okay, ini baru entri untuk cik MISSY

YE!!!
tau kenapa gua mulakan entri nie dgn ayat "YE!"? hal ini disebabkan salah faham yang berlaku ke atas seseorang yang menganggap entri sebelum ini untuk dia. maaf, anda salah. ini barulah entri untuk lu. lu sering gunakan perkataan YE kan? so kalau lu nak terasa untuk entri ini, baru betul. sebab ianya ditulis untuk lu. kelakar, dah ulang banyak kali entri sebelum nie bukan untuk lu tapi still lagi tak percaya. ceh!

okay. mari dengar celoteh gua kali nie. mestilah berkaitan untuk lu CIK MISSY(untuk meyakinkan ini untuk lu gua saja kasi tulis besar-besar nama lu. jangan marah!). gua peliklah, gua nak caring lu pun tak boleh. salah ke beb? okaylah kalau lu rase gua anggap lu cintan gua lagi, lu silap la beb. lu dah ade yang punya la, so gua malas la nak tangkap cintan ngan lu lagi. lagipun gua dah takleh terhegeh-hegeh kat lu. "YOU LAMBAT" kata lu la. so, gua dah anggap lu kawan gua je. lu taknak terima gak tak tau la.

gua caring sebab lu member gua. back to basic lah sebelum kita bercintan dulu. ala yang dulu gua selalu ignore lu tue, yang gua selalu tak bersungguh-sungguh tue. kata lu la. well, gua tak buang kawan. so kalau gua caring lu bukan atas sebab apa-apa cuma gua just nak tau lu sihat ke ape. okay CIK MISSY?

gua caring pon untuk gua tambah pahala gak. gua bukan solat 5 waktu lengkap pun. dengan cara nie la gua dapat tambah sikit-sikit pahala gua kat sana nanti. bukan ape, buat tambang bas gua nak ke syurga nanti. gua bukan fikir untuk dunia je, akhirat pon sekali kena fikir. harap-harap lu jangan la amik kisah sangat kalau gua caring. gua tak tau la hayat gua sampai bile. kalau esok-esok gua dah takda, jangan la pula lu terasa sedih sebab tak menghargai ke'caring'an gua sekarang nie. cukuplah lu tak menghargai apa yang gua cuba buat kat lu dulu. la nie gua dah bukak buku baru. yang lama biar gua simpan jadi pekasam. boleh cerita kat cucu cicit gua nanti. biar lah diorang tau atok diorang dulu jiwang gak.

oh ye, pasal cari awek. lu takyah la suruh gua dekat-dekat dengan MEGAN dah. gua pun dah takda ati kat dia la beb. gua anggap dia kawan gua bukan lebih dari kawan. lu sudah-sudah la nak paksa gua ea. takpe, lu jangan risau pasal jodoh gua. lagipun jodoh bukan datang dari lu, kan datang dari tuhan. susah-susah sangat nanti gua suruh je mak gua carikan. lagi baik dari apa yang lu suruh nanti. wah! mesti lu panas kan? jangan marah, gua cakap je benda yang betul.

bab operation pulak, lu jangan lupa buat operation tue. bagitau parents lu. kesian kat mak ayah lu. diorang wajib tahu hal-hal camnie. jangan lak lu buat-buat bodoh ngan operation nie ea. ohye, bagitau kat boyfriend lu sekali. time-time nie la nak tunjuk kasih sayang dia kat lu. bukan jauh pon nanti kan? operation kat kl kan? bukan sruh dia datang taiping. so, takda masalah la kowt rasanya kalau betul-betul dia sayang lu nak buat bini. oh silap, ISTERI. kalau takde masa, waktu melawat kan selepas waktu kerja. ala seremban dengan kl sejam setengah je. sempat la jenguk lu sekejap. sekejap cukup baik dari takda kan? be strong masa operation nanti ya! selawat banyak-banyak ea. gua doakan lu selamat operation nanti dan cepat sembuh. nanti boleh karaoke lagi!

okayh la, gua malas nak membebel lagi. dikesempatan ini(cam raya lapulak!) gua nak mengucapkan selamat ber'honeymoon' dan bercuti bersama orang tersayang. nanti kalau lu ada masa free nak lepak ngan gua just halo je gua. insya'allah kalau gua tak bz gua datang ek. lagipun gua ada novel nak kasi kat lu. gua dah janji nak kasi so kena la buat. nnt ada plak yang kata gua tak bersungguh-sungguh lagi.

gua chow dulu la ye.oh ye, lupa plak trademark gua.

"ini cerita yang gua tak pernah reka."

Tuesday, May 25, 2010

gua takkan ulang.

"i'll never be the same.
if we ever meet again.
won't let you get away.
said if we ever meet again."
gua bukan yang dulu. gua orang baru. tak percaya?
rasa ada yang keras kepala? dua kali ganda gua boleh bikin.
rasa ada yang cukup bagus? berganda-ganda gua boleh bikin.
tak puas hati?
lantak lu. janji gua happy. ada gua kisah pasal lu?
manusia yang cukup bagus!
kelakar.

Monday, May 24, 2010

setiap hari

To see you when I wake up
Is a gift I didn't think could be real
To know that you feel the same as I do
Is a three-fold, Utopian dream

You do something to me that I can't explain.
So would I be out of line if I said "I miss you"?

I see your picture I smell your skin on
The empty pillow next to mine
You have only been gone ten days
But already I'm wasting away

I know I'll see you again
Whether far or soon.
But I need you to know that I care
And I miss you.

setiap hari akan begini.*erk!!*

Sunday, May 23, 2010

untold story

"On 2005, i lost my boyfriend to leukemia. He was everything i had that time. My home, my love, my air and my life. When i first found out he had leukemia i thought he would get over it so i supported him everyway i could. But it wasn't really possible for him to get better. I wanted to go after him, but he told me not to, he wanted to become my guardian angel. Today i hope he is doing his best up there to help me get over my leukemia which i've had a year now. Life is hard. We just have to get over them."

giliran gua pula menjadi guardian angel. harap-harap semuanya berjalan lancar dan sempurna.AMIN

Saturday, May 22, 2010

tiada dan akan pergi

ini yang akan gua buat.

gua benci nak buat tapi gua terpaksa. semuanya untuk lu, dia dan cinta gua kat lu. gua taknak rosakkan hubungan lu dengan dia. untuk itu, gua akan pergi dari lu. biar gua simpan semuanya dalam hati gua. yang penting, lu sentiasa ada kat hati gua walaupun lu dah takda sebelah gua lagi. memang sakit tapi gua kena harungi juga. bagi gua, ini memang terbaik untuk lu.

bergembiralah. gua akan senyum bila lu gembira dengannya. jagalah hubungan lu baik-baik. gua sentiasa doakan yang terbaik untuk lu dan dia. biar sahaja gua tengok lu dari jauh. apa yang gua lakukan ini bukan untuk diri gua tapi untuk lu dengan dia.

"D, terima kasih sebab beri peluang untuk i datang dalam hidup u. i bersyukur ditemukan dengan u walaupun sementara. walaupun penamatnya tak seindah yang i nak tapi tak apa. mungkin bukan jodoh kita untuk bersama. terima kasih sebab menyambut i dulu. semua kenangan kita akan i simpan dalam hati i. senyumlah d, moga-moga apa yang u nak dalam hidup u akan tercapai. i doakan yang terbaik untuk u. u yang terakhir dan tersayang walaupun u bukan yang pertama."

lihat kau dari jauh. yang terakhir dan tersayang sudah pergi. takkan ada lagi yang baru akan muncul. janji aku akan aku tunaikan. inilah janji aku.

i'll go ...

ini cerita yang tak pernah aku reka.

Sunday, May 16, 2010

can i sing this song to you, missy?

When you were here before
Couldn't look you in the eye
You're just like an angel
Your skin makes me cry

You float like a feather
In a beautiful world
I wish I was special
You're so fuckin' special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doin' here?
I don't belong here

I don't care if it hurts
I wanna have control
I want a perfect body
I want a perfect soul

I want you to notice
when I'm not around
You're so fuckin' special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doin' here?
I don't belong here

Whatever makes you happy
Whatever you want
You're so fuckin' special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doin' here?
I don't belong here

I don't belong here...


*I really want to sing this song to you. REALLY!
This song is for you.

Saturday, May 15, 2010

hey kau si uniform!

I just want to see you
When you're all alone
I just want to catch you if I can
I just want to be there
When the morning light explodes
On your face it radiates
I can't escape
I love you until the end

I just want to tell you nothing
You don't want to hear
All I want is for you to say
Why don't you just take me
Where I've never been before
I know you want to hear me
Catch my breath
I love you until the end

I just want to be there
When we're caught in the rain
I just want to see you laugh not cry
I just want to feel you
When the night puts on it's clock
I'm lost for words don't tell me
All I can say
I love you until the end

I will wait for you.

Thursday, May 13, 2010

gua tulis ini 6

bila gua teruskan. mahu ke lu terima? gua bukan yang lu nak. gua cuma merempat.
bila gua teruskan. mahu ke lu mengaku? gua bukan sesiapa. gua tak dirasai.
bila gua teruskan. mahu ke lu percaya? gua bukan yang utama. gua hanya sampingan.

apa yang gua nak buat? takkan gua nak menyerah kalah. gua tau gua boleh lagi bagus.
gua pernah janji jaga lu sampai bila-bila. gua pernah cakap akan letak lu depan hidup gua.
lu adalah salah 1 sebab gua still melangkah dengan bergaya kat dunia nie.
gua tak pernah menyesal dengan lu. sikit pon tak pernah!

apa ingat gua senang ke nak tinggal lu camtu?
kalau lu kena maki lagi, cemana?
lu ingat gua tak bengang ke bila lu kena maki? lu tak dihargai?
walaupun gua fikir gua nie takde apa-apa kaitan ngan lu.tapi gua terasa la.
lu bukan budak-budak lagi. lu bukan sampah pun. walaupun sekejap gua kenal lu, tapi gua dapat tau lu nie cemane orangnya.

gua tau apa yang jadi masa lu tengok stileto tempoh hari. semua tak menjadi sejak aritu.
dalam kereta, lu cerita pun tak pandang muka gua.
takpela, lu syg dia lagi.
gua paham.

"apa yang lu borak td", gua tanya.
"gua buat semua utk kita", lu jawab.

sikit pon gua tak marah lu. sikit pon gua tak amik ati kat lu. sikit pon tak pernah hilang sayang gua kat lu.
gua ada baran. tapi gua buang jauh-jauh. biar gua selesaikan dengan aman dan damai.
ini gua tak tipu. gua takkan tipu lu. gua sayang lu dengan apa yang lu ada sekarang dan selamanya. gua tak mintak lu berubah. kalau ada pun untuk kebaikan lu gak.

gua rasa, inilah cerita jiwang gua yang terakhir dalam hidup gua. gua nak tutup cerita nie dengan penamat yang menggembirakan.
insya'allah, kalau itu yang ditulis oleh Yang Maha Kuasa. selagi gua ada kudrat, selagi gua ada nafas, selagi itu gua berusaha untuk kembalikan cerita ini kepada penamat yang menggembirakan.
gua tau akan datang banyak halangan. gua sedar semuanya tak mudah.
tapi cukuplah gua dah sekali berputus asa. kali nie gua tunaikan "moral fiber" yang gua pernah karang untuk lu. gua takkan menyerah kalah.

tapi,

bila tuhan kata berhenti.
gua akan berhenti.
sebab gua percaya,
"kalau bukan di dunia ini, mungkin di sana nanti. gua tetap tunggu."
lu lah yang terakhir dan tersayang pernah gua rasa.

ini cerita yang gua tak pernah reka.

Wednesday, May 12, 2010

gua tulis ini 5

gua suka ini. penyanyi asal adalah Leonard Cohen. kalau dengar je memang tak menarik sgt tp klau try ushar lirik lagu nie dan hayati betul-betul lirik tue cnfirm lu orang layan lagu nie.

ok. lagu nie sesuai sangatlah kat orang-orang yg blur pasal cinta. tak tau mane yang betul or yg salah. yang gundah-gulana pasal bercinta. rasanya klau layan lagu nie myb la lu orang bleh btolkan kepala otak yg serabut dengan cinta-cinta lu orang tue.

gua letak je lirik lagu nie kat cnie. kalau lu orang nk layan lagu nie, taip je kat youtube. Leonard Cohen-if it be your will. ataupun kalau mahu yang cover, gua suggest lu orang taip, Antony-if it be your will. cubalah!

If It Be Your Will by Leonard Cohen

If it be your will
That I speak no more
And my voice be still
As it was before

I will speak no more
I shall abide until
I am spoken for
If it be your will

If it be your will
That a voice be true
From the broken hill
I will sing to you
From this broken hill
All your praises they shall ring
If it be your will
To let me sing

From this broken hill
All your praises they shall ring
If it be your will
To let me sing

If it be your will
If there is a choice
Let the rivers fill
Let the hills rejoice
Let your mercy spill
On all these burning hearts in hell
If it be your will
To make us well

And draw us near
And bind us tight
All your children here
In their rags of light
In our rags of light
All dressed to kill
And end this night
If it be your will
And end this night
If it be your will

If it be your will
If it be your will
If it be your will...



p/s: luahkan perasaan melalui lagu adalah sesuatu yang positif. jika malu bercakap, menyanyilah. gua selalu buat macam nie. tapi kadang-kadang mereka tak paham.
tak apalah ...

Saturday, May 8, 2010

gua tulis ini 4

tepuk dada. gua ketawa. gua tgk jauh-jauh. gua pegang langsung tak dapat. bila gua datang dekat. gua rasa salah. gua melawan untuk menang. gua rasa bukan untuk dipaksa. gua pendam sorang-sorang. gua toleh kiri dan kanan. gua pandang depan dan belakang. gua sorang je. gua jalan.

dabik dada. gua selesa. gua berlagak. gua tipu diri sendiri. gua geleng kepala. gua cuba. gua gagal. gua cuba lagi. gua gagal. gua cuba lagi sekali dan gua gagal lagi.

tunduk kepala. gua gagal untuk lupa. gua gagal untuk benci. gua gagal untuk biasa. gua gagal untuk berpura-pura.

gua gagal. semakin gagal. setiap hari akan bertambah gagal. gua geleng. gua cakap yang betul. gua bukan reka atau cipta.

gua cakap,

"ianya memang susah untuk dilupakan. untuk dibenci. untuk dikhianati. untuk dilukakan. untuk dilepaskan. ini yang terakhir. bila aku kata terakhir. memang ini yang terakhir. depakan tangan, tarik nafas dalam-dalam. hembuskan nafas tersebut. masih akan kata, "kau yang terakhir". cukup bukan? masih lagi untuk engkau dan takkan pernah hilang."

terakhir dan tersayang.


??

salam. lama betul gua tak meng-updated blog ni. maaf kesibukanlah sekarang ni. tapi gua rajin gak baca blog kepunyaan bloggers yang lain. so, gua akan cerita sikit la apa yang gua buat selama gua mendiamkan diri ni.

banyak yang gua buat untuk menghilangkan keserabutan yang ada duduk bertapa dalam kepala otak gua ni. ada pasal masalah dunia dan masalah akhirat. gua manusia memang tak lari dari masalah. ini cara gua hilangkan tension. tapi gua rasa sekejap je masalah ni hilang sebab kalau gua tak selesaikan selagi itulah masalah tu tetap ada. pelan-pelan la, insya'allah semuanya akan selesai dengan sempurna.

cerita sikit pasal aktiviti gua. lu orang ada dengar itu konsert double trouble? ala itu konsert rock yang digembar-gemburkan oleh pihak media samada dari media cetak mahupun elektronik tu la. masih tak tahu? ala yang ada wings dan search la. gua merupakan salah seorang yang menjejaki konsert tersebut. gua berani cakap ianya teramat la BEST. gua pergi konsert rock the world pun tak seronok. tapi ini 2 band betul-betul buat gua menjerit sampai hilang suara. betul-betul puas la. sesiapa yang tak pergi memang betul-betul rugi la. gua memang betul-betul respect sama itu wings dan search. lu orang betul-betul rockstar! perghhh!!

gua tggu 1 band dari luar negara. dengar khabar angin, mereka nak buat konsert kat genting highland. metallica mau datang malaysia beb! wajib datang nie. sekarang pun gua dah mula start hafal semua lagu diorang. tak kisah la yang ada duet ngan siti nurhaliza ke, semua gua hafal.

METALLICA

Saturday, April 24, 2010

gua tulis ini 3

cerita ini mungkin ada unsur-unsur 18sg. diharapkan pembaca dapat memahami isi kandungan cerita ini dengan sebaik-baiknya. bukan untuk memburukkan sesiapa cuma luahan dari si penulis yang telah lama mendiamkan diri dari berkata-kata. jikalau ada pihak yang tidak berpuas hati dengan si penulis, hubungi beliau melalui facebook, myspace mahupun telefon bimbitnya.

gua dah lama diamkan diri. kali nie biar gua cerita. gua kadang-kadang pelik, kenapa mulut yang bercakap tentang janji tak pernah melunaskan apa yang dijanjikan. gua selalu dengar ayat ini, "gua dah benci, haram gua takkn nk balik kat dy!". perghh! bukan main lagi lu cakap tp hapak pun takde. jgn la nk berlagak ego tggi klcc klau hati lu tue sbnrnya tak ubah mcm tisu dan kaca. lu dah syg itu bro evn lu kena maki pun, its okay la klau lu kata "gua still syg dy, gua akn trima dy klau dy berubah." haaaaa. mcm nie baru btul ayat lu. takde la lu kasi harapan kat org lain.

gua bercakap nie bkn sbb ape-ape cuma nk menyedarkan lu sblum lu buat lg dekat orang lain. jgn kata "gua syg lu la lbih dari kawan plak", klau cakap je takpe tp klau yang lain pun lu kasi? tak ke lu rasa org yg menerima fkir "gua rasa dy nk kat gua". haiyak! dunia-dunia, kadang-kadang ade benda yg tak berubah. jgn mainkan perasaan org lain bro. lu jgn anggap orang lain boleh terima apa yg lu buat. lu selamat la bila yg lu buat nie kena kat org yg hatinya lembut. tapi kalau kena kat yg hati dengki punya? lu buat camni, kang lu kena lg teruk. bomoh la, kena buru 24 jam la, hidup lu pun tak senang nnt.

"memberi lebih baik dari menerima". ayat nie bagus digunapakai bukan? yup! musykilnye ialah yang memberi jadikan yg menerima tue tmpt melepaskan sedih, susah, geram dan macam-macam lagi la benda yang negatif berbanding positif. lepas yang memberi tue rasa, "gua takde feel la ngn lu, gua nk blah la kat yang dulu". lu jadikan yang menerima tu lalang ke? tinggal gitu-gitu je. sikit pun tak fikir langsung pasal si menerima. cuba kalau lu duduk tempat si penerima, lu dapat macam tue skali. ape lu rasa? jangan la buat 1 benda tanpa berfikir. lu dah senang, yg lagi sorang jadi bengang. ape nie? biar pergi dengan aman jangan pergi ade dendam atau pun marah. nak berkawan pun susah nanti.

gua tulis bukan ape. gua dah simpan lama dah. gua tak pernah herdik lu. gua tak pernah maki depan muka lu. cuma gua pernah tersalah cakap kat lu. gua dah malas nak simpan-simpan lagi cerita nie. mana yang membaca tentu dapat menilai mana baik mana buruk. gua rasa ada baiknya gua buat macam ini dari gua diamkan diri sebab takut lu rasa apa yang lu buat semuanya bagus, elok, sempurna dan lain-lain. gua cerita bukan untuk menagih simpati cuma gua nak lu sedar, apa yang betul dan apa yang salah. gua takut lu buat kat salah orang, nnt lu kena lagi teruk. sekarang, gua tau ada perlumbaan baru. 2 wanita mengejar seorang lelaki. lu datang bila lelaki tue ade spcial gf dan gf tue sayang gila kat lelaki tue. tiba-tiba lu datang nak rampas balik lelaki tue. kalau dapat lelaki tue, lu tak fikir perasaan gf tue td? klau lu duduk kat tmpat gf tue cemane? gua pernah nak tanya camni tapi gua takut lu anggap gua penyibuk. gua berpesan sebagai seorang kawan. gua harap la kali ni lu dapat guna akal fikiran lu yg waras tue dengan betul. selesaikan masalah tue nanti dengan baik. buatlah macamane sekalipun tapi janganlah sampai ada yang terluka. kesian gua tengok lu, nak kata "dah ludah jilat balik" pun rasanya lu takleh terima. takpelah, dah itu cara lu, jalan lu, gua pon takleh buat ape-ape.

gua tau lu mesti marah punya gua tulis camni. terpulanglah, gua tolong apa yang patut. hak gua untuk bersuara, gua dah gunakan sebaik mungkin. cuma gua nak pesan lagi satu,

"jangan sampai kena maki hamun lagi, jagalah elok-elok kali nie. jangan sampai kena label perempuan murahan lagi"

hopefully lu tak marah la gua buat macam nie ye. gua bercakap benda yang betul. benda yang gua tak pernah reka.

ini cerita yang gua tak pernah reka.

chow!