Saturday, May 8, 2010

??

salam. lama betul gua tak meng-updated blog ni. maaf kesibukanlah sekarang ni. tapi gua rajin gak baca blog kepunyaan bloggers yang lain. so, gua akan cerita sikit la apa yang gua buat selama gua mendiamkan diri ni.

banyak yang gua buat untuk menghilangkan keserabutan yang ada duduk bertapa dalam kepala otak gua ni. ada pasal masalah dunia dan masalah akhirat. gua manusia memang tak lari dari masalah. ini cara gua hilangkan tension. tapi gua rasa sekejap je masalah ni hilang sebab kalau gua tak selesaikan selagi itulah masalah tu tetap ada. pelan-pelan la, insya'allah semuanya akan selesai dengan sempurna.

cerita sikit pasal aktiviti gua. lu orang ada dengar itu konsert double trouble? ala itu konsert rock yang digembar-gemburkan oleh pihak media samada dari media cetak mahupun elektronik tu la. masih tak tahu? ala yang ada wings dan search la. gua merupakan salah seorang yang menjejaki konsert tersebut. gua berani cakap ianya teramat la BEST. gua pergi konsert rock the world pun tak seronok. tapi ini 2 band betul-betul buat gua menjerit sampai hilang suara. betul-betul puas la. sesiapa yang tak pergi memang betul-betul rugi la. gua memang betul-betul respect sama itu wings dan search. lu orang betul-betul rockstar! perghhh!!

gua tggu 1 band dari luar negara. dengar khabar angin, mereka nak buat konsert kat genting highland. metallica mau datang malaysia beb! wajib datang nie. sekarang pun gua dah mula start hafal semua lagu diorang. tak kisah la yang ada duet ngan siti nurhaliza ke, semua gua hafal.

METALLICA

No comments:

Post a Comment